Semasa

8 cedera gara-gara 2 pemandu berlumba di lebuhraya


Dari Kelvin Wooi

Jadikanlah kejadian ini sebagai pengajaran untuk kita semua. 

Kemalangan dahsyat ini berlaku di Kilometer 26, Lebuhraya Karak hanya kerana disebabkan beberapa individu menjadikan lebuhraya untuk berlumba secara haram. 

Ketika kejadian itu, saya yang memandu kereta Toyota berwarna silver telah dipintas oleh kereta Honda dan Audi (terpaksa kaburkan nombor pendaftaran mereka untuk tujuan privasi). 

Selepas mereka memintas kereta saya, mereka terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Toyota Avanza yang membawa 8 orang penumpang dalam perjalanan balik ke kampung. 

Kereta Audi itu merempuh bahagian belakang kereta Avanza ketika mahu menukar lorong tetapi gagal mengelak kereta MPV berkenaan, sebelum terbabas ke longkang di tepi lebuhraya. Kereta Avanza itu kemudian terbabas dan bergesel dengan panel belakang kereta Honda berkenaan. 

Selepas kemalangan itu, saya memberhentikan kenderaan di tepi lebuhraya untuk membantu keluarga dalam kereta Avanza itu dan mengambil anak kecil mereka duduk di dalam kereta saya kerana tangki minyak kereta Avanza bocor akibat kemalangan itu. 

Mujur kesemua mereka hanya mengalami kecederaan yang tidak serius seperti patah tangan dan menerima jahitan di beberapa bahagian badan. Saya menghubungi pihak ambulans dan mereka dibawa ke hospital berdekatan. 


Pengajarannya, jika anda mahu berlumba, berlumbalah di tempat yang sepatutnya seperti di litar yang disediakan. Jangan berlumba di jalan raya dan memburukkan nama beberapa kelab kereta dan peminat kereta. Beringatlah bahawa, jika anda memilih untuk berlumba haram di jalan raya, anda boleh meragut nyawa para pengguna jalan raya yang lain. 


Sumber : GengViral

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.