Terkini

Air Kencing Warna MERAH, HIJAU DAN BERBUIH ? Ini Petandanya Yg Ramai TAK TAHU !!!



Kencing JERNIH
Tandanya korang minum air yang cukup. Cuma kalau jernih sangat sampai takde warna langsung, mungkin terlalu banyak air la tu. Warna kencing yang normal ialah kuning pucat.

Kencing PEKAT DAN KUNING SANGAT?
Mungkin badan korang perlu lebih banyak air ( dehydration ). Cara nak rawat, minum air secukupnya. Tubuh lelaki kena dapat dalam 3L air sehari. Perempuan pula dalam 2.2L sehari ye.

Kencing WARNA HIJAU?
Pewarna makanan tertentu boleh mengubah warna kencing menjadi hijau. Asparagus pun boleh buatkan air kencing jadi hijau.Boleh jadi juga korang tengah mengalami jangkitan pada pundi kencing. Sila jumpa doktor untuk kepastian.

Kencing MERAH?
Kalau untuk yang usia tua, boleh jadi disebabkan oleh masalah pada buah pinggang ataupun kanser pada prostat. Boleh jadi juga efek keracunan logam berat. Apa pun, jumpa doktor secepatnya ye.

Kencing BERBUIH?
Boleh jadi normal ataupun jadi juga ada protein abnormal dalam air kencing korang. Tu antara petanda ada kerosakan pada buah pinggang tau.

Kencing KENA HURUNG SEMUT?
Ada kemungkinan korang penghidap kencing manis. Cuma benda ni petanda je, bukan cara nak diagnosis penyakit kencing manis ( Diabetes Mellitus ). Sebaiknya pergi ke Klinik Kesihatan berhampiran dan periksa di sana secepatnya.

Apa pun sila jumpa doktor ye kalau ada perubahan ketara pada bau dan warna air kencing ye. Kadangkala kekerapan atau frekuensi korang kencing pun boleh jadi petanda penyakit tau.
Kalau terlalu kerap kencing, boleh jadi petanda :

1. Kencing manis
2. Pundi kencing terlalu aktif
3. Minum banyak kafein
4. Jangkitan pada saluran kencing
5. Penyakit saraf dan lain-lain

Tolong saya Dr Taufiq Razif sebarkan ilmu tentang kencing ni pada seluruh keluarga dan sahabat Facebook ye. Mungkin ilmu yang sedikit ni la yang boleh menyelamatkan nyawa mereka kalau dikesan di peringkat awal. – DR TAUFIQ RAZIF


via Bin Usrah SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.