Semasa

'Aku nak report polis, biar kau tak dapat balik jumpa anak kau!' - Dato' Aliff Syukri


Viral di media sosial video Dato' Aliff Syukri yang berang dengan tindakan pembantu rumah warga Indonesia yang baru bekerja dengannya selama dua bulan didapati mencuri beberapa barangan isterinya. 

Dalam video, Dato Aliff melepaskan kemarahannya terhadap pembantu rumahnya dan mahu melaporkan perkara itu kepada pihak polis. 

Bagaimanapun, wanita itu merayu agar jutawan kosmetik itu tidak berbuat demikian sehingga sanggup melutut merayu di depan kakinya. 

Menurut Dato'Aliff, dia tidak mahu termakan pujuk rayu wanita itu kerana dia sudah hilang kepercayaan terhadapnya.

"Bibik pencuri. Dia ingat dia bini aku? Saya dah bagi bermacam-macam kemudahan seperti baju raya, duit raya, duit belanja untuk anak-anak dia. Siap belikan mak up untuk mereka hias wajah mereka.

"Dia tak buat kerja pun saya tak marah tetapi ini balasan yang saya terima?" tulisnya.


Berdasarkan video, isteri jutawan itu enggan membuat laporan polis, namun Dato' Aliff tidak mahu menyimpan pencuri di dalam rumahnya bertegas mahu melaporkan juga kepada polis. 


Di video kedua pula, ketiga-tiga pembantu rumahnya dikumpulkan dan dua daripadanya telah memfitnah salah seorang rakan mereka yang berbaju hijau, kononnya wanita itu tidak faham bahasa dan lambat melakukan tugasnya. 

Kejadian itu berpunca daripada pembantu rumahnya yang mencuri itu dikatakan telah menghasut rakan sekerjanya yang lain menyebabkan Dato' Aliff percaya dan pernah memarahi wanita berbaju hijau itu. 

Dato' Aliff kesal perkara itu berlaku di kediamannya, sedangkan rumah mereka itu kecil dan mereka sepatutnya bersatu serta tidak menimbulkan sebarang permasalahan. 

Setakat ini, video itu telah mendapat 23,000 likes, 7,808 shares dan 12,238 likes. 


Sumber : GengViral

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.