Semasa

'Alahai..Makcik Dah Tua Pun Gigih Mencuri' - Netizen Terkejut Makcik Curi Dompet Dengan Sepantas Kilat


Bawa bertaubat makcik oi! Sejak semalam trending di media sosial video seorang wanita yang agak berusia mencuri dompet dari mangsa yang sedang sibuk berbelanja untuk persiapan hari raya. 

Kejadian berlaku di salah sebuah kedai pakaian di Jalan TAR petang semalam. Wanita tersebut kelihatan sedang membelek pakaian seperti mahu membeli sebelum menghampiri mangsa yang juga sedang memilih pakaian bersama pasangannya. 

Dalam video tersebut, wanita itu mengekori kemana sahaja pasangan tersebut pergi sebelum pergi ke belakang mangsa dan membuka zip beg sandang tanpa disedari oleh pasangan tersebut. 


Netizen yang menonton video berkenaan juga ada berkongsi kisah hampir menjadi mangsa curi dengan menggunakan taktik yang sama. Menurut seorang netizen, Nor Ridah, anak perempuannya mengalami kejadian yang sama pada malam tadi dengan taktik yang hampir sama. 

"Anak saya baru kena malam tadi. Dia ambil duit, kemudian dompet disorok dalam timbunan kain. Nasib baik ada yang jumpa dan hantar ke kaunter. 

"Menurut anak saya, 'makcik' inilah yang mengekori dia sampai tiba-tiba dompetnya hilang sewaktu mahu membuat pembayaran di kaunter," 



Menurut sumber, sebanyak 11 buah dompet berjaya ditemui tetapi kebanyakkan duit telah diambil oleh suspek. Kegiatan suspek mula dikesan sejak tiga hari yang lalu dimana orang ramai membanjiri Jalan TAR dan kawasan sekitar untuk membuat persiapan terakhir menjelang hari raya. 

Suspek juga masih belum berjaya ditahan dan masih aktif melakukan kegiatan samun. Orang ramai terutama wanita dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutama mereka yang mencurigakan. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.