Semasa

Anggota Polis Baik Hati Beri Gelandangan Duit Serta Tempat Tidur Di Hostel Bajet Untuk Tiga Malam Ketika Hari Raya


Cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri digunakan sebaik mungkin oleh kita semua untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga. Namun bagi mereka yang kurang bernasib baik, kemeriahan Hari Raya pasti tidak semeriah yang diimpikan. 

Baru-baru ini, seorang gelangdangan yang tidak tahu kemana arah tuju sempena hari raya nekad untuk pergi ke balai polis Setapak untuk tumpang berehat. Menurut laporan The Star, Johan Iskandar Dean Salter berjalan kaki sejauh 3.5km dari sebuah rumah persinggahan untuk gelandangan sekitar Hospital Kuala Lumpur pada malam Ahad ke balai polis berkenaan kerana tiada pilihan untuk bermalam. 

Ketua Balai Polis Setapak, Asisten Superintendan Wee Bee Seng bukan sahaja mengalukan-alukan kedatangan lelaki itu malah menyediakan makan dan minum untuk gelandangan tersebut. 

'Lelaki itu memberitahu dia berjalan kaki ke balai polis ini dan meminta untuk bermalam di sini dan akan keluar untuk mencari pekerjaan keesokan paginya. Dia juga memberitahu dia masih belum makan dan kami memberinya sedikit makanan seperti lemang dan kuih raya.'

Bukan itu sahaja, mereka turut memberikan lelaki itu sedikit wang saku dan menempah sebuah bilik di hostel bajet untuk tiga malam yang seterusnya. Mereka berharap bantuan yang diberi dapat meringankan beban lelaki itu dan memudahkan beliau mencari pekerjaan. 

Dalam semangat meraikan Hari Raya, ASP Wee juga turut mengaturkan cuti untuk semua anggota polis beragama Islam supaya dapat beraya bersama keluarga pada hari pertama dan kedua hari raya. 

Malah anggota polis yang lain juga sangat bekerjasama dengan keputusan ASP Wee untuk mengisi kekosongan kerja ketika kekurangan kakitangan malah mereka juga mendapat bantuan daripada Rela dan juga polis bantuan yang bertugas. 

Syabas diucapkan kepada ASP Wee dan seluruh anggotanya kerana sangat memahami semangat hari raya. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.