Semasa

'Ayah Sempat Imamkan Solat Subuh Kami Sekeluarga' - Luahan Sedih Anak Allahyarham Mejar Yazmi


'Ayah sempat imamkan solat subuh'. Itulah kali terakhir anak sulung kepada Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof berpeluang melihat bapanya sebelum keluar melakukan latihan penerbangan menggunakan pesawat Hawk 108 yang terhempas semalam. 

Mikail Adam Riaz berkata arwah bapanya sempat bersahur dan solat subuh berjemaah dan selalu mengimamkan solat apabila bapanya pulang ke rumah. 

Tambahnya lagi, bapanya bertugas di 6 Skuadron Pangkalan Udara Labuan, Sabah dan kebetulan menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan sejak seminggu yang lalu. 

"Ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berkata apa-apa sebelum keluar bekerja, semuanya seperti biasa," katanya lagi. Tambah menyedihkan murid tahun lima itu ialah apabila bapanya berjanji mahu membelikan baju raya untuknya serta lima adiknya yang lain. 


"Baju raya tiada lagi dan ayah janji mahu membelikan baju raya buat saya dan adik-adik.

"Tapi tengah hari tadi ada orang (pegawai) telefon kata ayah dah tiada," 

Mikail berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya sebagai juruterbang pesawat pejuang dan amat meminati kerjaya itu. 

Sebelum itu, keluarga Allahyarham menerima lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah. 

Yazmi, 39, dan Mohd Hasri, 31, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi sebelum terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.


Mayat mereka ditemui 2.30 petang dengan payung terjun masing-masing dalam jarak 20 meter antara satu sama lain.

- www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.