Semasa

Banjir Teruk! 7 Keluarga Di Batu Pahat, Johor Di Tenggelami Air

EMPAT PULUH TIGA penduduk membabitkan tujuh keluarga di Kampung Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, Johor, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Parit Jalal, hari ini selepas rumah mereka dilanda banjir sejak semalam. 

 Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kejadian berpunca daripada limpahan air akibat benteng empangan di kawasan berhampiran runtuh dan kawasan terbabit dinaiki air setinggi 0.6 meter. 

 Beliau berkata, mangsa mula dipindahkan ke PPS berkenaan mulai 2.45 awal pagi hari ini selepas paras air semakin tinggi. "Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa. "Pada masa sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan menyelenggara benteng yang runtuh tidak lama lagi," katanya.


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.