Terkini

Dah biasa naik gajah, datang sini main langgar lari pula


CYBERJAYA, SELANGOR - Seorang wanita warga asing cuba melarikan diri selepas keretanya melanggar kereta pengguna jalan raya yang lain, semalam. 

Menurut mangsa, Mie Carey (bukan nama sebenar), kejadian itu berlaku di IOI Putrajaya di mana keretanya dilanggar pemandu Perodua Axia terbabit. 

"Dia overtake sebelah kiri tapi tak lepas. Habis bahagian sebelah kiri kereta diseretnya. 

"Dari depan IOI Putrajaya, saya kejar dia sampai Cyberjaya dan dia tidak mahu mengaku kesalahannya sehingga saya terpaksa menghubungi polis Cyberjaya," katanya. 

Difahamkan, wanita warga asing itu merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ketika kejadian, sedang memandu dalam keadaan mabuk. Malah, wanita itu tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalannya juga sudah tamat tempoh.



"Dah nak raya, buat hal pula. Berlagak belajar di UPM. Dia ingat saya tak ada degree ke? Kemudian dia salahkan saya pula yang melanggar dia," katanya.


Dalam rakaman video yang dimuat naik, wanita terbabit enggan mengaku kesalahannya dan mendakwa mangsa tidak mempunyai hak untuk menuduhnya telah melanggar kereta mangsa. 

Di akhir video tersebut, wanita terbabit dengan sengaja menjatuhkan telefon mangsa. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sepang. 
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.