Semasa

Dua Beradik Maut Selepas Pulang Dari Berkonvoi Hari Raya


Keriangan berhari raya dengan berkonvoi menaiki motorsikal berakhir dengan tragedi buat dua adik beradik. Kemalangan yang melibatkan dua buah motosiAkal dan sebuah pacuan empat roda mengakibatkan dua adik beradik tersebut maut di tempat kejadian. 

Ketika kejadian, konvoi pekerja ladang kelapa sawit di Beluran, Sabah dalam perjalanan pulang selepas berhari raya di Bukit Garam. Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar dua motosikal itu masuk ke lorong bertentangan untuk memotong tiga kenderaan lain namun ketika memintas mereka bergesel sesama sendiri. 


Akibat pergeselan tersebut dua beradik itu tercampak ke laluan bertentangan sebelum sebuah pacuan empat roda yang dari arah berlawanan gagal mengelak sehingga merempuh motosikal yang dinaiki adik beradik tersebut. 

Penunggang motosikal Abdurasid Asad Kasin, 25 dan adiknya Abdurazim 17, membonceng motosikal berkenaan dilaporkan parah di bahagian kepala dan badan. Manakala seorang lagi penunggang motosikal yang tercampak ke bahagian haluan kiri jalan dan hanya mengalami cedera ringan. 

Mayat kedua-dua dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk dibedah siasat. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.