Semasa

Guru Songsang Di Sarawak Liwat Anak Murid Usia 14 Tahun Lebih 50 Kali Dari 2015 Hingga 2017



Cikgu durjana! Itulah yang paling sesuai untuk seorang cikgu yang berusia 40-an kerana disyaki meliwat muridnya lebih 50 kali di beberapa lokasi yang berlainan sejak dua tahun yang lalu bermula dari Ogos 2015 hinggalah May 2017. 

Murid itu yang kini berumur 14 tahun itu mendedahkan perkara tersebut kepada seorang guru di sebuah sekolah menengah di Mukah selepas murid tersebut mengadu kepada cikgu tersebut. Mengikut satu sumber yang tidak mahu dikenali mendedahkan secara teliti apa yang dialami oleh murid tersebut selama dua tahun. 

Menurut sumber tersebut, peristiwa hitam murid tersebut bermula ketika murid tersebut berumur 12 tahun dan belajar di darjah 6 sebuah sekolah di Kapit. 'Mangsa mendakwa dia diliwat lebih 20 kali di kuarters guru dan hotel murah sekitar Sibu, Sarawak. Difahamkan kejadian tersebut berlaku antara Ogos 2015 sehingga Disember 2015. 

Pengalaman hitam tersebut memaksa murid tersebut dipindahkan ke sekolah yang lain di Mukah tapi ianya tidak menghalang guru songsang itu meneruskan kegiatan jijiknya itu. Guru tersebut menjemput bekas muridnya ke sebuah rumah di Kemunyang dan meliwat mangsa paling kurang 30 kali sepanjang tahun 2016. 


Sumber tadi juga mendedahkan bahawa guru tersebut masih lagi melakukan perbuatan tersebut antara Februari sehingga Mei tahun ini sekitar Mukah. Mengikut laporan media, Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau mengesahkan kejadian seperti yang didedahkan oleh sumber tersebut. 

Beliau memberitahu bahawa murid tersebut tidak berani untuk melaporkan kegiatan songsang guru tersebut kerana takut dengan suspek. Murid tersebut mengalami tekanan yang hebat dan dihantui tindakan guru tersebut kepadanya selama 2 tahun ini. 

Oleh kerana tidak tahan menanggung seorang diri, murid tersebut menceritakan rahsia yang telah lama disimpan kepada seorang guru di sekolah barunya. Pihak polis kemudian bertindak selepas menerima laporan dari guru tersebut dan berjaya menahan suspek di sebuah sekolah pendalaman di Kapit pagi semalam. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.