Semasa

Ibu Maut Tercampak Keluar Dari Kereta Ketika Selamatkan Anak Dalam Satu Kemalangan Yang Amat Tragis


Satu kemalangan yang amat tragik berlaku di Singapura pada Ahad lalu dan seluruh warga Singapura amat bersedih dengan kemalangan tersebut. Sungguh malang buat satu keluarga ini kerana kemalangan itu telah meragut nyawa seorang ibu berusia 38 tahun. 

Lima ahli keluarga itu dalam perjalanan ke pusat membeli belah Vivocity dan ketika itu sedang memandu di Lebuhraya Seletar (SLE) apabila sebuah kereta dihadapan telah menekan brek dengan mengejut. 

Untuk mengelak dari melanggar kereta di hapadan, suami kepada wanita tersebut dengan pantas memusing stereng keretanya ke kiri tapi malangnya kereta yang dinaiki mereka melanggar pembahagi jalan yang membuatkan kereta dinaiki mereka berpusing 360 darjah. Suami lelaki itu mahu mengelak seorang penunggan motorsikal yang ketika itu turut lalu di bahagian kiri jalan. 

'Saya amat risau jika terlanggar penunggang motor itu dan saya cuba untuk mengelak dari bertembung dengannya. Nasib baik saya tidak melanggar motor tersebut'. 


Anaknya yang sulung berumur 9 tahun duduk di bahagian depan manakala anak kedua berumur 6 tahun duduk di belakang bahagian pemandu. Ibu mereka sedang memangku anak bongsu yang berumur 3 tahun duduk di bahagian belakang penumpang. Malangnya, ibu dan anak bongsu mereka tercampar keluar dari kereta yang mereka naiki. 

'Ketika kemalangan, isteri saya memegang erat anak bongsu kami'. 

Wanita itu mati di tempat kejadian. Manakala kesemua anak mereka termasuk suaminya dikejarkan ke hospital untuk rawatan dengan kecederaan ringan. Suami wanita itu akhirnya memberitahu bahawa ibu mereka telah tiada. 

'Anak saya terus menangis dan mahu berjumpa dengan ibu mereka. Saya tak tahu apa yang saya perlu buat sekarang. Dialah yang membuat semua kerja rumah serta menghantar anak ke sekolah setiap hari serta menguruskan rumah tangga supaya saya boleh fokus terhadap kerja. Saya berasa kehilangan yang amat besar dalam hidup saya'. 

Video kemalangan tersebut berjaya dirakam dan menjadi viral di sosial media dan ramai netizen melahirkan rasa simpati terhadap keluarga tersebut. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.