Semasa

Ingatkan Dato' Siti Nyanyi, Rupanya Siti Shower Yang Buat Konsert Dalam Tandas


Kecoh netizen Twitter bila melihat sebuah video persembahan nyanyian di dalam sebuah tandas asrama. Kalau dengar rakaman tersebut tanpa melihat videonya, pasti ramai yang akan mengatakan suara tersebut adalah milik Siti Nurhaliza.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama Ashryaff Asry itu terus menjadi tular bila dia meminta rakannya yang bernama Rudey untuk menyanyikan beberapa buah lagu.


Bukan main merdu lagi, dengan lentok suara dan gaya yang memang sama macam penyanyi nombor satu negara itu! Kalau tak percaya dengar sahaja sendiri. Setakat ini video tersebut telah mendapat lebih dari 22 ribu Retweets dan lebih 12 ribu likes.

Menurut sumber, kedua-dua mereka, Ashryaff dan Rudey adalah pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak, Perak.

Ramai netizen yang memuji-muji suara Rudey dan memintanya untuk mengembangkan lagi bakat dengan menjadi seorang penyanyi profesional. Mereka juga telah ditemu ramah oleh JOHARA Pagi Era untuk sama-sama berkongsi tentang klip video tersebut.

Katanya, setiap kali ada waktu lapang mereka akan mengadakan konsert di dalam bilik air asrama.  Fuh, untunglah kawan-kawan dia kat asrama tu boleh dengar Siti Shower ni menyanyi tiap-tiap hari kan? - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.