Semasa

'Itu Orang Bukan Hantu' - Kru Penerbitan Tampil Jelaskan Penampakan 'Makhluk Halus' Dalam Program TV


Hantu ke orang tu? Sebuah program yang dihoskan oleh Izzue Islam menjadi gempar sejak semalam apabila netizen mendakwa terdapat penampakan makhluk halus pada video program tersebut. 

Video yang berdurasi 45 saat kini menjadi viral di media sosial sejak semalam gara-gara seorang wanita yang berpakaian hijau hilang sekelip mata ketika hos berkenaan naik ke rumah inap desa di Sabak Bernam. 

Kru pengambaran rancangan tersebut juga terkejut apabila mendengar cerita tersebut namun selepas melihat rakaman yang didakwa memaparkan makhluk halus, kru tersebut mengakui ianya manusia sebenar. 

Menurut Izzue Islam kru penerbitan memberitahu makcik tersebut berada di sebelah rumah dan dengan segera berundur apabila menyedari kamera sedang berada di situ. Beliau juga pada mulanya agak seram tetapi tidak cepat percaya selagi tidak mendapat penjelasan yang sebenar. 

Malah, pelakon tersebut juga menasihati pengguna terutama netizen agar tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan oleh segelintir pihak. Video tersebut telah mendapat lebih 200,00 tontonan sehingga kini. 





Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.