Semasa

Jagalah dia sebaik mungkin, kekurangan dia terimalah seikhlas hati

Terlebih dahulu aku nak minta maaf kalau posting kali ini akan buat ramai org marah terhadap aku. Aku tahu dalam cerita ini memang aku yg salah dan aku yg cari penyakit.

Kisah aku ini aku tuju khas kepada pasangan2 yg dah berkahwin atau yg bertunang mahupun yg dlm relationship. Nasihat aku kepada semua jagalah pasangan korang sebaik mungkin. Hargai pasangan korang seadanya. Jagalah sehingga akhir hayat dan cintailah mereka seperti esok sudah tiada. Kerana x semua akan mendapat cinta dan kasih syg seperti yg mereka inginkan, seperti aku.

Kisahnya seperti ini. Aku org yg bekerja. Aku mempunyai ketua aku. Manager. Banyak kerja aku akan related dgn dia. Tiada aku serabutlah dia, tiada dia lagi serabutlah aku. Kerja kami membuatkan kami banyak komunikasi. Semakin lama membuahkan rasa kasih dan sayang antara kami berdua. Kasih yg terjalin makin erat dan sayang makin bertambah. Alangkan indah jika masing2 adalah single. Tapi dia sudah beristeri dan mempunyai dua orang cahaya mata yg masih kecil dan comel. Itu yg menjadi kisah cinta aku sgt sulit dan sedih. Dan aku tahu aku salah kerana membiarkan diri aku wujud perasaan sebegitu terhadap suami org.

Sewaktu kami mula kenal dlm alam pekrjaan kami x begitu rapat. Tapi selalu shj bersembang seperti rakan sekerja yang lain. Ada kdg bila bercakap mengenai rumah tangga dia pernah berkata alam perkahwinan ini indah masa mula berkahwin saja. Lama2 akn wujud masalah sehingga pening kepala. Disitu aku dpt tngkp mungkin dia ada masalah dlm rumah tngga dia.

Selepas kami menjadi rapat aka bercinta, baru dia menceritakan kepada aku masalah rumah tngga yg dihadapinya. Mempunyai isteri yang tidak memahami kemampuan suami dlm memberi nafkah zahir. Kebatasan kemampuan dalam memberi kemewahan kepada isterinya mbuatkan isterinya selalu meminta2 wang dan mempersoal pekerjaan dan gaji dia. Dan kerana wang mereka bergaduh. Mungkin kerana bosan dan berkecil hati dgn sikap isterinya, dia mencari yg lain. Itu andaian aku. Tapi yg aku tahu aku syg dia, dan aku tahu dia juga sayangkan aku.

Adiknya pernah datang ke opis tgk aku. Ya, ibunya dan adik beradiknya yg lain tahu akan kewujudan aku kerana dia bercerita kepada mereka mengenai hubungan kami. Mulanya aku takut, kerana aku tahu, aku salah, aku menjalinkan hubungan dengan suami org. Tapi ibunya x marah aku, adik2 dia juga tidak marah aku, kerana mereka memahami masalah yg dihadapi oleh dia. Tapi ibu dia x benarkan dia kahwini aku, selagi kewangan dia tidak kukuh. Kerana xmahu aku merasa susah kerana skrg pun sudah susah. Ya, aku nampak usaha dia utk meraih kehidupan yang lebih baik. Aku nampak usaha keras dia utk mendapat kehidupan yg lebih selesa.

Tapi makin aku syg dia, makin aku berfikir, sanggupkah aku utk bermadu? Sedangkan aku rasa sangat cemburu bila melihat gambar dia bersama isteri dan anak2 dia. Hubungan kami tiada siapa yg tahu di opis. Yang tahu hubungan kami hanyalah keluarga terdekat kami. Sayang aku pada dia semakin menebal, aku berjanji pada diri aku, aku akan syg anak2 dia seperti darah daging aku. Cuma sekali lagi hati aku berdetik, sanggupkah aku bermadu? Aku bukan manusia yg jahat yg akan paksa dia ceraikan isteri dia. Sbb aku tahu, dia masih sygkan isterinya. Aku yg jahat kerana mengganggu rumah tangga orang lain. Aku yg jahat. 

Dan lagi satu, dia dan isterinya tidak duduk satu rumah. Dowg pjj. Dulunya satu rumah, tapi disebabkan isterinya mendapat pekerjaan di selatan, isterinya pergi bersama anak2. Nasiblah tempat bekerja isteri dia dekat dgn famili, jadi boleh ibu dia jga anak2. Kalau dia balik sana. Aku xkan berwhatsapp atau otp dgn dia. Kerana xmahu isteri dia mengesyaki sesuatu. Kalau seminggu dia disana, maka semnggulah aku dgn dia xberkomunikasi. Tapi dia akn curi2 masa utk whatsapp atau call aku klau dia sendrian atau bersama adik dia. Waktu mcm nilah kesabaran aku akan diuji, diuji dgn perasaan rindu yg xboleh aku luah. Sehinggakan aku pernah demam kerana terlalu rindukan dia. Tapi aku diam kerana xmahu dia tahu. 

Aku juga x mahu dia susah hati fikirkan aku kat sini. Bila aku dpt tahu dia akan balik kesini. Gembira aku hanya tuhan yg tahu. sakit rindu aku hilang. Tiba2, satu hari, dia beritahu aku, dia akan resign sbb dapat pekerjaan yang lebih baik dgn gaji yg lebih tinggi. Dulu pernah dia suarakan pada aku, yg dia akan cari pekerjaan lain dgn gaji yg lgi tinggi utk halalkan kami dan kemampuan menjaga dua isteri. Dan aku tahu saat itu semakin menghampiri, kerana dia dah jumpa pekerjaan yg dia cari, tapi tempat itu jauh. Aku sedih krn aku akan berpisah jauh dgn dia, tpi aku xkan halang. Klau itu yg akan gembirakan dia. Tapi hati aku rasa, kami sebenarnya x berjodoh. Ntah, perasaan itu muncul secara tiba2. Walau aku happy bersama dia, tapi aku juga sedih. Kisah cinta aku x seperti kisah cinta yg lain. Boleh posting gambar dating dlm ig fb, Boleh mention dalam ig fb, aku tidak. Hubungan kami adalah rahsia. Dan itu yg sedihkan aku. Aku x dpt share kisah cinta aku dgn org lain. sbb aku tahu org akan marah aku. aku ganggu suami org.

Aku berfikir, jika nanti dia mahu kahwini aku, redhakah isteri dia? Mampukah terima aku sebagai madunya? Atau berlaku penceraian antara mereka kerana kewujudan aku. Jika itu berlaku, aku tahu itu salah aku. Dan aku berdosa sgt2. Bila aku dpt tahu, dia akn bekerja ke tempat lain, mgkin ini jalan terbaik utk aku berpisah dgn dia, sebelum keadaan menjadi teruk. Aku sygkn dia. Aku xmahu rumah tngga dia hancur sbbkan aku. Sebelum isteri dia dpt tahu akn kewujudan aku, eloklah aku tarik diri dulu. Kerana mmg aku yg salah. Menangisnya aku utk buat keputusan ini, hanya Allah yg tahu. Aku akan kehilngan org yg aku cukup syg. Lelaki pertama yg aku paling syg dlm hidup aku (lelaki luar). Ini keputusan yg akan aku buat. Aku harap, sesiapa yg baca cerita ini, doakan lah aku kuat.

Nasihat aku kepada pasangan luar sana. Sayangilah pasangan korg. Jagalah dia sebaik mungkin, kekurangan dia terimalah seikhlas hati, kerana yakinlah ada di luar sana yg menagih rasa kasih syg dri pasangan korg. Seperti aku, menagih syg dri suami org. Sesungguhnya aku sgt cemburu pada isteri dia. Kerana mendpt kasih dri seorg lelaki yg sgt aku syg. Tidak seperti aku, kasih yg terpksa disembunyikan. Kekasih gelap. Moga coretan aku ini memberi kesedaran kepada pembaca semua supaya sayngilah pasangan masing2 seadanya kerana x semua akan dpt seperti mana yg anda dpt sekarang. Maka syukurilah.



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.