Semasa

Kerana Kesilapan Serah Jenazah, Mayat Lelaki Mualaf Telah Dibakar Sehingga Menjadi Abu



Satu jenazah yang dipercayai seorang lelaki mualaf, Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya, Lin Ah San @ Lim Ah San telah disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas Unit Forensik Hospital Kajang, tersalah serah jenazah itu kepada sebuah badan kebajikan, semalam.

Yang lebih menyedihkan sebaik sahaja perkara itu disedari, jenazah dikatakan telah pun dibakar dan hanya abu yang tinggal, lapor Harian Metro.

Menurut Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Mohd Azmi Md Zain menjelaskan, kekeliruan itu berlaku apabila terdapat dua mayat lelaki berbangsa Cina di unit forensik terbabit yang dikatakan nama mereka hampir serupa dan dipercayai punca pengurusan unit forensik tersalah menyerahkan mayat berkenaan.

Menurut laporan, nama Lin Ah San @ Lim Ah San dikatakan hampir sama dengan Chu Kim San, 70-an yang turut ditempatkan di unit forensik hospital itu.

Menurutnya, lelaki mualaf terbabit adalah salah seorang penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah yang telah meninggal dunia di Hospital Kajang akibat penyakit tua dan pihaknya dimaklumkan mengenai kematian lelaki berkenaan, kira-kira 10 pagi semalam, katanya.
"Wakil kami pergi ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk menuntut mayat. Namun, pihak pengurusan unit forensik memaklumkan, beberapa prosedur perlu dilakukan untuk menuntut mayat terbabit dan dijangka mengambil masa,” katanya semalam.

Mereka telah menyedari berlakunya kesilapan tersebut pada kira-kira jam 3 petang semalam apabila mendapati jenazah itu sudah tiada dan dimaklumkan diserahkan kepada wakil sebuah badan kebajikan kerana keliru dengan nama kedua-duanya yang hampir sama.

"Pihak hospital kemudian menghubungi pengurusan rumah kebajikan itu dan mereka memaklumkan mayat terbabit sudah dibakar.

Katanya, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.
"Pihak hospital sudah menyerahkan abu mayat lelaki mualaf itu kepada kami, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang," katanya.

Selain itu, menurut jurucakap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pihaknya masih lagi menyemak status kes berkenaa dan akan memaklumkan perkembangan lanjut mengenainya sebaik mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian yang tidak disangkakan akan terjadi itu.


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.