Semasa

'Macam Duduk Atas Mesin Basuh' - Pesawat AirAsia Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kegagalan Enjin


Sebuah pesawat AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Perth menuju ke KLIA terpaksa menukar haluan dan berpatah balik akibat masalah teknikal. Pesawat D7237 yang berlepas pukul 7 pagi mendarat semula pada pukul 10 pagi di Perth. 

Salah seorang penumpang memberitahu ABC News, pesawat yang dinaiki seramai 359 penumpang bergegar dengan teruk sebelum berpatah balik sejam setengah selepas berlepas. 

Brenton Atkinson salah seorang penumpang yang menaiki pesawat tersebut memberitahu bahawa pesawat tersebut menghadapi masalah enjin seperti yang dimaklumkan oleh kru penerbangan. Tambahnya lagi, terdapat letupan kecil berlaku sebelum juruterbang membuat keputusan untuk berpatah balik. 

"Pesawat mula bergegar dengan teruk. Rasa seperti duduk di atas mesin basuh,". Ketika turun dari pesawat berkenaan beliau melihat satu daripada bilah kipas pesawat terkeluar dari turbin enjin pesawat. 

Seorang guru dari Perth, Damos Stevens dan Mitch Jamieson sempat merakam keadaan mereka yang duduk dalam keadaan bergegar di dalam pesawat itu. Lihat video tersebut di bawah. 




Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.