Semasa

Majikan Tak Berhati Perut Pergi Bercuti, Biarkan Pembantu Rumah Tidur Di Koridor


Walaupun di Singapura mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah diwajibkan untuk mempunyai hari cuti dalam sebulan dan bebas ke mana sahaja di negara tersebut ada juga segelintir majikan yang bertindak kejam ke atas pembantu rumah mereka. 

Beberapa kejadian penderaan kes pembantu rumah sebelum ini turut menjadi perhatian. Terbaru, seorang pembantu rumah telah dipaksa untuk tidur di koridor rumah majikannya kerana majikannya itu pergi bercuti dan tidak membenarkan pembantu rumahnya masuk ke dalam rumah. 

Seorang rakan kepada pembantu rumah yang prihatin, Ashley Camaro Baccay sempat mengambil gambar dan berkongsi gambar tersebut di laman Facebook "Filipinos in Singapore"

'Saya kasihan dengan jiran saya ini di kondominium Makena. Majikannya pergi bercuti dan tidak membenarkannya tinggal di rumah mereka. Mereka menyuruh pembantu rumahnya itu mencari tempat tinggal yang percuma kerana mereka tidak mahu membayar untuk tempat penginapannya dan hanya memberi makanan yang sedikit. Malah dia tidak mempunyai biliknya sendiri'

'Mereka langsung tidak memberitahu bila mereka akan pulang dari bercuti kerana pada waktu itu pembantu rumah itu sedang keluar. Jadi dia terpaksa tidur di luar rumah'. 

Menurut Ashley lagi, disebabkan oleh sikap dan penderaan majikan seperti inilah yang menyebabkan ramai pembantu rumah merasa tekanan yang melampau sehingga sanggup membunuh diri. 

Baru-baru ini juga, seorang pembantu rumah warga Myanmar telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan rumah majikannya selepas tidak tahan didera oleh majikannya. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.