Semasa

Mak i mesti bangga kalau dapat menantu yang keje kat bank.

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau siarkan post ini. Saya Asya, umur 23 tahun. Saya seorang perempuan dan masih bujang. Merujuk kepada tajuk diatas, saya kini seperti dalam dilema. Saya merasa setiap kali perkenalan dengan lelaki, saya rasa demand mereka melebih-lebih. Saya tak cakap semua lelaki begitu, tapi kebanyakan yang saya kenal berperangai begitu. Nak dipendekkan cerita, sebelum ini saya pernah bertugas di kawasan utara. 

Saya telah mengenali seorang lelaki utara yang merupakan jiran saya sendiri. Awal perkenalan semua baik-baik belaka, seluruh keluarga dia pun menyukai saya. Dia juga seorang yang penyayang dan mengambil berat. So kami pun mengambil keputusan untuk lebih serius dalam hubungan. Namun semakin lama rapat dengannya, saya menjadi cuak dengan sikap ‘nak perfect’ nya. Dia selalu expect macam2 yang saya tak mampu buat. 

Saya merupakan pekerja di salah sebuah bank, manakala dia pula bekerja sendiri menguruskan syarikat ayahnya. Terkadang saya sibuk tak dapat balas chat atau terlambat balas chat, kadang juga saya akan balik rumah pada waktu malam. Dia impikan seorang perempuan yang boleh tumpukan 100% perhatian padanya, yang selalu ada masa untuknya dan menurut semua kata-katanya. Tapi saya seorang yang berpendirian sendiri, adakalanya saya tidak bersetuju dengan pendapatnya dan mula membantah. 

Dalam masa yang sama dia impikan perempuan yang berkerjaya dan berdikari, yang mampu dan sempurna dari segala segi. Dia nak pastikan saya belajar memasak makanan kegemarannya, pandai mengambil hatinya, faham keadaannya. Semua serba sempurna dan saya semakin takut untuk fikir masa depan saya nanti bersamanya. Masa kerja kami memang tak sama, bank tempat saya bekerja bukan milik ayah saya, saya tidak boleh sesuka hati mengikut masa saya. Samada masa rehat mahupun balik kerja. Rehat kami kena bergilir, sebab masing-masing ambil masa untuk makan dan bersolat. Masa balik juga akan lambat sekiranya kami ada meeting atau pun sebarang event. 

Pernah suatu hari saya mengadu dengan kawan sepejabat saya yang telah berkahwin, kak A meminta saya bertanya kepada lelaki tersebut bagaimana sekiranya suatu hari nanti saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, sanggupkah dia menanggung saya? Dan apabila saya bertanya padanya, dia jawab, “kalau u dah takde kerja, u kena lah cari kat mana-mana. Manalah i mampu nak tanggung semua.” Jawapan dia amat menakutkan saya. Dia sepertinya tidak sanggup bersusah tapi hanya mahu bersenang bersama saya. Dan sekali lagi saya diuji. 

Tapi ujian ini sebenarnya ingin menyelamatkan diri saya daripada lelaki begitu. Hubungan kami putus ditengah jalan kerana orang ketiga. Orang yang saya rasa lebih layak untuk lelaki sepertinya. Selepas itu saya berhenti kerja di bank tersebut, dan berpindah ke KL. Disini saya mengenali seseorang. Saya namakan dia Abg An. Orangnya baik dan menerima saya walaupun pada masa itu saya tidak lagi mempunyai apa-apa pekerjaan. 

Saya rancang untuk meminta kerja di syarikat-syarikat swasta biasa sahaja kerana saya plan nak buat part-time study sekali sambil bekerja. Kerja bank agak berat bagi saya kerana perlu mencapai target tertentu dan menjual pelbagai jenis produk. Namun dalam beratus-ratus permohonan yang saya hantar, majoriti hanya bank sahaja yang memanggil saya untuk temuduga. Saya meminta pendapat Abg An, dia kata, “ambil jelah offer kat bank tu, mak i mesti bangga kalau dapat menantu yang keje kat bank.” Sekali lagi saya tersentap, terfikir zaman sekarang ni orang memang pandang pada pangkat dan kebendaan sahaja kot. 

Akhirnya saya menerima offer bank berkenaan dan Ini merupakan minggu kedua saya berkerja. Kalau daya tolak memang tak terbayarlah kereta saya. Hahaha. Tekanan dia memang tak payah cakap lah. So saya decide untuk tangguh lagi degree saya buat seketika. Soal jodoh semua tu saya memang dah malas nak fikir. Doakan jelah saya jumpa orang yang boleh menerima saya seadanya dan sanggup bersusah senang bersama. 

Dan doakan saya dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang sekarang. Nasihat saya kepada para lelaki, cuba terima bakal pasangan anda seadanya. Tak ada manusia yang sempurna serba serbi, belajarlah untuk bersyukur. Dah jumpa orang yang sayang dan hargai kita pun rasanya dah lebih dari cukup, sebab harta, pangkat dan duit yang banyak takkan mampu beli kasih sayang yang tulus ikhlas. Cuba muhasabah diri dan perbaiki diri sendiri. Selamat hari raya Aidilfitri semua. – Asya


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.