Semasa

Maut Ketika Rempuh Membeli Ikan Dari Van , Ibu Tinggalkan 3 Orang Anak


KUALA KRAI: Bunyi dentuman yang didengari menyebabkan dua beradik meluru keluar rumah bagi melihat apa yang berlaku. Apa yang pantas menarik pandangan Alif Hakimi Abd Razak, 5, atau Angah ialah sepasang selipar di tepi jalan dan segera memberitahu abangnya, Alif Hafizuddin Abd Razak, 7, 

"Angah cam selipar mak," katanya sebak, 

ketika ditemui, hari ini. Ibu mereka, Aida Mamat, maut dirempuh kereta ketika melintas untuk membeli ikan dari van berhampiran rumah mereka di Kampung Bukit Sireh, Kuala Nal, kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi. Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala, turut meninggalkan seorang anak perempuan, Nurin Najwa Abd Razak, dua tahun. 

Rumah mangsa terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kemalangan berlaku. Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Ronning, mengesahkan menerima laporan kemalangan itu. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

"Mayat dihantar dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya.

Beritaharian 


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.