Semasa

Mufti Wilayah Turun Padang Ziarah Mereka Yang Sering Dipandang Hina Oleh Masyarakat Buat Netizen Kagum


Walaupun mereka ini sering dipandang hina oleh masyarakat setempat kerana pilihan hidup mereka, namun mereka juga adalah makhluk Allah. Dibuang ahli keluarga dan masyarakat sudah pasti mereka rindu dengan layanan mesra dari mereka. 

Mereka juga adalah manusia yang punyai hati dan perasaan. Jadi apabila aktivis Syed Azmi dan juga Mufti Wilayah Persekutuan melawat golongan ini di Pusat Kebajikan Komuniti Ikhlas Malaysia ianya banyak memberi kesan kepada mereka. 

Semoga perkongsian dari Mufti Wilayah ini dapat merubah pandangan masyarakat terhadap mereka ini. 


PENGHUJUNG RAMADHAN BERSAMA MEREKA YANG DIPANDANG HINA OLEH MASYARAKAT

Alhamdulillah, petang tadi diizinkan-Nya menziarahi Pusat Kebajikan Komuniti Ikhlas Malaysia. Sebuah pusat komuniti yang menghimpunkan sebahagian gelandangan, transgender, pekerja seks dan banduan di Chow Kit, KL.

Hati mana yang tidak tersentuh melihat mereka yang dipandang serong dan hina oleh masyarakat, berpusu² bersalam dengan kami. Nampak jelas riak teruja dan terharu di wajah mereka semasa kehadiran kami ke sana. Jauh dalam benak hati mereka, terpancar 1001 sinar harapan untuk mereka dibimbing dan dapat merasai nikmat hidup dalam masyarakat arus perdana.

Kami mengambil peluang untuk mengadakan sesi soal jawab agama dengan komuniti ini. Banyak luahan perasaan yang kami terima berkenaan betapa terseksanya mereka dipulau oleh masyarakat. Kami mewakili umat Islam yang lain dengan sejujurnya memohon maaf atas sikap-sikap yang tidak menyenangkan oleh segelintir umat Islam kepada komuniti ini.

Seterusnya adalah sesi solat Zohor berjemaah dan sumbangan duit raya. Ziarah ini pastinya bukan yang terakhir. Akan ada tindakan susulan untuk membimbing mereka ke arah yang diredhai-Nya.

Sesungguhnya kami menyayangi mereka kerana Allah. Terima kasih Tuan Syed Azmi yang mengaturkan ziarah mengejut ini. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.