Semasa

'Nasi Kalau Dah Gumpal Padat Memang Melantun' - Netizen Muat Naik Video Tunjuk Beras Jenama Lain Turut Melantun Bila Digumpal


Macam-macam hal lah.Kadang-kadang hairan juga dengan rakyat Malaysia ini kerap terpengaruh dengan apa  yang dilihat dalam laman sosial. Banyak contoh kononnya bahan makanan mengandungi unsur plastik atau tiruan. Ada telur tiruan, bihun plastik dan juga beras plastik. 

Baru-baru ini, ramai netizen terkejut dengan beberapa video yang menjadi viral di media sosial dengan dakwaan bahawa beras jenama Cap Rambutan SST Lima Peratus ada kandungan beras plastik dalam kampit jenama cap tersebut. 

Mungkin agaknya terpengaruh dengan sebuah video dari luar negara yang menggunakan kaedah sama kononnya sebagai ujian untuk mengetahui sama ada beras tersebut mempunyai kandungan bendasing seperti plastik. 

Susulan dari video tersebut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahagian Kawal Selia Padi dan Beras telah menjalankan pemeriksaan di kilang beras tersebut di Mergong, Kedah. Dalam ujian awal yang dilakukan tiada kandungan plastik ditemui dalam beras jenama tersebut. 

Siasatan dan hasil pemeriksaan oleh bahagian Kawal Selia Padi dan Beras mendapati syarikat tersebut memperoleh bekalan daripada sumber yang sah iaitu petani dan pengilang tempatan. 

Selain itu, beberapa individu juga membuat ujian yang serupa tetapi menggunakan beras jenama yang lain. Ujian tersebut iaitu menggumpal nasi dengan padat dan melemparkan gumpalan nasi tersebut untuk melihat ianya melantun atau tidak. Mengikut netizen lagi, ianya adalah kerana sifat nasi itu sendiri yang mengandungi kanji. 

Orang ramai dinasihati supaya jika terdapat kemusykilan hendaklah disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Cuma kesian kepada pesawah yang membanting tulang empat kerat untuk mengerjakan sawah padi tapi senang-senang dituduh oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dibawah beberapa netizen memuat naik video tersebut. 




Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.