Semasa

Patutlah Anak-Anak Tirinya Sayang Lisdawati.. Lihatlah Apa Yang Lisdawati Buat..

Patutlah Anak-Anak Tirinya Sayang Lisdawati.. Lihatlah Apa Yang Lisdawati Buat..




Lisdawati merupakan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi yang mempunyai anak-anak bersama bekas isterinya.

Sering dilihat anak-anak tiri amat rapat juga dengan Lisdawati dan ternyata ianya benar sama sekali.

Ramai yang menyukai hubungan Lisdawati dengan anak-anak tirinya dan layanan yang diberi oleh pelakon cantik ini memang dipuji ramai.

~Lihat kecantikan anak tiri Lisdawati (DISINI)


Ini komen Lisdawati:

“Saya bersyukur kerana anak-anak hasil perkahwinan terdahulu suami, Fauzi Nawawi dapat menerima kehadiran saya. 

DEKATI DENGAN KAISH SAYANG

“Ketika mula-mula berkahwin dahulu, mereka masih kecil. Saya banyak mendekati mereka menggunakan pendekatan kasih sayang dan sikap prihatin. Saya akan menasihati mereka jika mereka membuat kesilapan. Alhamdulillah, semakin lama hubungan kami semakin baik.

TEGAS DIDIK ANAK

“Keempat-empat anak tiri saya iaitu Fatihah, 21, Faris, 20, Farisha, 18 dan Fikri, 15 akan tinggal dengan saya setiap kali musim cuti sekolah atau setiap kali mereka berada di Kuala Lumpur. Dalam mendidik anak-anak, saya tetap tegas sama ada dengan anak kandung mahu pun anak tiri. Saya selalu memberitahu mereka, saya marah atau tegur kerana sayang. Bukan kerana benci. Saya lakukan semua itu dengan tujuan nak didik mereka. Saya juga mama mereka, selain ibu kandung mereka. Saya dah anggap seperti anak. Jadi, takkan saya tak boleh tegur atau marah anak sendiri? Biasanya saya akan terangkan apa sebabnya saya marah. Saya takkan marah tanpa sebab.

“Kalau di rumah, saya akan ajar anak-anak untuk buat kerja-kerja rumah sama-sama terutama anak-anak perempuan. Bagi saya anak perempuan kena tahu dan rajin buat kerja rumah. Saya perhatikan anak remaja sekarang terlalu asyik dengan telefon bimbit hingga jadi malas. Bila disuruh buat kerja rumah pun tak diendahkan. Saya tak nak anak-anak saya macam itu.”


LAYAN ANAK MACAM RAKAN

“Ada juga yang tak percaya saya boleh baik dengan anak-anak tiri. Tapi saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya juga akan layan anak-anak tiri macam kawan-kawan. Ada masa kami bersembang dan keluar bersama seperti menonton wayang. Saya nak mereka rasa mereka boleh berkongsi apa saja dengan kami, berbanding rakan-rakan. Saya juga selalu tekankan pada mereka, hubungan kekeluargaan dan sesama adik-beradik kena sentiasa dijaga.

“Dan si ayah pun kena faham jika kita marah anak-anak dia. Jangan pula sokong mereka jika mereka buat salah. Itu pun penting juga agar tidak timbul konflik. Selebihnya, kena banyak berdoa agar hubungan itu kekal harmoni,”


BAWA ANAK  BERCUTI BERSAMA

Lis juga dikatakan tidak pernah meminggirkan anak-anak tirinya jika hendak pergi bercuti. Lis dan Fauzi akan membawa semua anak bersama-sama.

“Jika tidak sibuk, saya akan aturkan percutian untuk keluarga besar kami. Saya bahagikan kepada dua jenis percutian. Ada percutian yang melibatkan saya, suami dan semua anak termasuk anak-anak tiri. Sebaliknya jika suami sibuk, saya akan pergi bercuti bersama emak dan adik-beradik sebelah saya sahaja. Saya seorang yang sangat menjaga hubungan kekeluargaan. Hubungan saya dengan adik-beradik saya rapat.”

KOMEN ANAK TIRI

Salah seorang anak tirinya ialah Farisha yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Farisha memberitahu dia dan Lisdawati memang amat rapat.

Ini komennya:

“Ketika baba kahwin dengan mama dulu, saya berumur enam tahun. Mama pandai ambil hati kami. Tapi sebelum itu baba dah kenalkan mama kepada saya empat beradik. Bila mereka kahwin, tak ada masalah kerana kami dah rapat dengan mama.”

Untuk pengetahuan, Farisha mendapat keputusan 10A dalam SPM. Cantik dan bijak orangnya.

Sumber: Mingguan Wanita

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.