Semasa

Pembantu Rumah Menyusahkan Majikan, Pinjam Duit Dari 6 Enam Ah Long Berbeza


Apa yang dilalui oleh Datuk Aliff Syukri sangat memeranjatkan netizen. Tapi itu adalah salah satu risiko yang perlu ditanggung apabila mengambil pembantu rumah. Terbaru, dua pembantu rumah yanag bekerja di Singapura dengan beraninya meminjam duit dari Ah Long yang sudah pasti menyusahkan majikan mereka. 

Salah seorang majikan tersebut berkongsi kisahnya bahawa pembantu rumahnya telah meminjam sebanyak RM1,850 dari ceti haram itu. 

'Jumlah tersebut kemudian semakin besar sehingga mencecah RM15,450 dan saya tidak menyedari sehinggalah pembantu rumah saya meminta cuti dan saya pula mula menerima panggilan dari Ah Long. Untuk beberapa hari lamanya, keluarga saya diganggu oleh mereka malah mengugut saya juga. 

Saya tidak pernah tanda tangan sebarang dokumen malah tak tahu pun pasal pinjaman tu.'

Pembantu rumah itu telah memohon pinjaman dari Ah Long dengan menggunakan permit kerja sebagai pengenalan diri yang mempunyai maklumat seperti nama dan alamat majikannya. Dalam kes yang berlainan, seorang pembantu rumah dari Filipina telah meminjam bukan satu malah dari enam Ah Long yang berlainan. 

Majikan yang kini mengalami gangguan dari Ah Long tersebut memberitahu pembantu rumahnya telah bekerja dengannya hampir 7 tahun dan baru sekarang mula timbulkan masalah. Ah Long telah datang kerumahnya tiga hari berturut-turut. Apabila ditanya pada pembantu rumah, dia memberitahu telah meminjam dari pemberi wang berlesen dan ianya telah dilangsaikan. 

Pada hari kedua, pembantu rumah menjelaskan bahawa dia telah meminjamkan permit kerja kepada kawannya dan menuduh rakannya pula yang membuat pinjaman tersebut. Lepas kejadian itu, salah seorang Ah Long yang bernama Eric cuba untuk menipu keluarga tersebut dengan memberitahu keluarga tersebut hanya perlu membayar segala hutang kepada dirinya kerana dia adalah wakil kepada ceti haram tersebut. 

'Dia menipu kami bahawa Ah Long yang lain adalah di bawahnya dan dia adalah ketua mereka. Suami saya mahu membayar RM6,170 tapi dia menolak.  Apabila kami meminta bukti pinjaman tersebut dia menjerit 'Kami Ah Long..Mana ada bukti'

Keluarga tersebut kemudian menukar nombor telefon dan menutup segala akaun sosial media untuk mengelakkan daripada ceti haram tersebut. Mereka juga menyuruh pengawal keselamatan condo yang mereka duduk supaya mengawal lebih ketat dan tidak membenarkan pelawat datang. 

Mereka kemudian membuat laporan polis dan merampas telefon bimbit kepunyaan pembantu rumah. Majikannya tersebut amat terkejut dengan kandungan di dalam telefon bimbit tersebut.

'Ini adalah kali pertama saya tengok telefon pembantu rumah saya selepas 7 tahun mempercayai dirinya. Pembantu rumah saya bukan saja pinjam dari Ah Long, malah amat sosial sekali. Dia juga modal sambilan, minum di kelab, makan di hotel dan restoran mewah. Patutlah dia perlukan duit yang banyak untuk menampung cara hidupnya.'

Kedua keluarga tersebut telah melaporkan kejadian kepada pihak polis dan masih menunggu keputusan dari pihak polis. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.