Semasa

Pengakuan Mengejutkan, Mark Adam Dah Tiga Tahun Tak Jumpa Keluarga

Pendedahan Mengejutkan, Mark Adam Dah Tiga Tahun Tak Jumpa Keluarga



Nama penyanyi Mark Adam kini semakin kukuh di industri hiburan tanah air.

Selain menyanyi, Mark Adam juga mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan selain pernah menajdi artis jemputan rancangan komedi.

Apabila nama semakin popular, mark Adam semakin busy dan sibuk menyebabkan dia sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung halamannya di Cebu City, Filipina.

Kata Mark lagi, dia bukannya sengaja tidak mahu pulang tetapi karier seninya yang mendadak naik beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk pulang ke Filipina.


Ini pendedahan dari Mark Adam:

"Memang saya sudah tiga tahun tidak pulang dan memang rindu kepada keluarga terutamanya ibu saya.

"Dia pula memang takut menaiki kapal terbang jadi susah untuknya datang ke Kuala Lumpur melawat saya.


"Saya tak dapat pulang kerana terlalu sibuk dengan kerja namun saya tidak merungut kerana itu adalah rezeki,"


Untuk pengetahuan semua, Mark Adam sudah 15 tahun menetap di Malaysia.

Dia telah berkahwin dengan warga negara Malaysia bernama Norazah.

Lihat wajah isterinya itu (DISINI)

Selalunya dia akan pulang ke kampungnya di Filipina pada bulan Januari kerana pada ketika itu semua saudara-mara dan rakan terdekatnya akan pulang ke Cebu City.

Januari merupakan bulan  berlangsungnya Festival Sinulog iaitu sebuah acara kebudayaan yang diadakan pada minggu ketiga bulan tersebut.

Ini komennya lagi:

"Saya memang tidak akan balik ke Filipina pada bulan lain kerana kebiasaannya memang tidak ramai saudara atau rakan yang ada di Cebu City.

"Jika saya hendak bertemu dengan semua orang, Januari adalah masa terbaik untuk pulang,"


Penyanyi ini juga memberitahu dia tidak pernah beraya di Filipina dan setiap hari raya akan diluangkan bersama keluarga isterinya, Norazah.

Mark akui tidak sabar untuk menikmati juadah seperti lemang dan rendang.

Ini komennya lagi:

"Suasana pada hari raya paling saya nantikan kerana ketika itu kita akan berkumpul dengan keluarga selain bermaaf-maafan.

"Saya juga bertuah kerana saya sangat rapat dengan bapa mertua dan kami kebiasaannya akan lebih banyak menghabiskan masa bersama,"


Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.