Semasa

Pizza Taugeh Dari Lelaki Ini Nampak Sangat Tak Sedap Sampai Netizen Pun Bergaduh


Sebut saja taugeh pasti rakyat Malaysia berbelah bagi. Ada yang suka dan ada yang tak suka langsung. Ada juga yang tak ambil kisah langsung. 

Namun, kita semua setuju yang taugeh hanya sesuai diletakkan pada sesetengah makanan sahaja. Namun bagi lelaki ini mungkin baru saja mencipta satu cita rasa baru buat peminat makanan terutamanya pizza. Ramuan rahsia? Ya, sudah tentu taugeh! 

Lelaki ini membuat pizzanya sendiri dan mungkin kerana sukakan taugeh, lelaki ini meletakkan sejumlah taugeh di atas pizza tersebut sebelum dibakar. Pengguna Twitter itu kemudian mengejutkan lagi netizen apabila membalas tweet dari netizen dengan gambar penuh pizza taugeh yang diselaputi dengan keju! 


Gambar tersebut terus menjadi trending dan bualan netizen. Ada yang berasa mual melihat pizza taugeh tersebut dan terkejut kerana ada yang terfikir untuk meletakkan taugeh ke dalam pizza. Ada juga netizen merasakan pizza taugeh ini nampak menyelerakan. Peminat taugeh kot! Siapalah yang nak makan pizza dengan taugeh ni. 





Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.