Semasa

Remaja Jadi Mangsa Buli Di Pulau Pinang Akhirnya Meninggal Dunia Selepas Alami 'Mati Otak'


Ini berita yang menyedihkan. Negara pada minggu ini digemparkan dengan beberapa kes buli yang meragut nyawa insan yang tidak bersalah. Seorang lagi mangsa buli di Pulau Pinang dilaporkan telah meninggal dunia. 

Remaja berumur 18 tahun yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan remaja di Bukit Gelugor awal minggu ini telah meninggal dunia pada jam 5.31pm menurut laporan The Star.


Kecederaan teruk yang dialami Nhaveen menyebabkan kecederaan otak yang teruk sehingga menyebabkan remaja tersebut koma. Mendiang di masukkan ke Hospital Pulau Pinang malam yang sama dibelasah. Dia mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang kepala, dubur kepala dan pinggang. 

Pihak polis masih lagi mencari objek tumpul yang digunakan untuk meliwat mangsa. Nhaveen dan rakannya Previin menjadi mangsa buli oleh sekumpulan remaja lain dimana kumpulan remaja itu membelasah mereka berduan. Previin sempat melarikan diri dengan tulang pipi yang patah. Kesemua suspek kini masih lagi dibawah tahanan polis. 

Semoga para pembuli ini dapat menerima nasib yang setimpal kerana telah mengambil nyawa mereka yang tidak bersalah.  - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.