Semasa

'Saya Hanya Jalankan Tugas, Penduduk Dah Marah Sebab Awak Ketuk Pintu Rumah Mereka Promosi Astro'


Kebelakangan ini, banyak kes ala samseng melibatkan umat Islam terjadi di dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

Dua minggu lepas, tular video menunjukkan seorang wanita bertindak mengetuk pintu cermin kereta dan membaling selipar berpunca kerana berebut parkir di bazar ramadan.

Tidak lama selepas kejadian itu, Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan anggota lain DAP yang turun ke bazar ramadan untuk mengagihkan sumbangan buah kurma telah dihalau oleh beberapa pemuda. Kedua-dua kejadian memalukan ini menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Terbaru, seorang pekerja Astro mendakwa telah dilayan secara kasar oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah flat. Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hafizie berkongsi kekesalannya kerana tidak menyangka pengawal keselamatan langsung tidak beradab. 

Dugaan mencari rezeki dibulan ramadan . Datang dari seremban naik ex5 je tengah panas . niat nak cari sales lebih sikit sebab nak rayakan . Aku jumpe satu flat ni ada guard house jadi aku pun turun dari moto 1) Aku bg salam & kenalkan diri aku . 2) Aku minta izin/kebenaran untuk masuk ke flat tu , Yela sebab kite pun masuk tempat orangkan kene lah beradab . 1 jam kot aku naik flat tu aku buat sales , Alhamdulilah dapat lah 4 Customer yg nak pasang astro & Upgrate Decoder PVR . Lepas tu aku pun turun dari flat yela dah dapat 4 orang cukup lah tu untuk aku . lepas tu aku nampak brader guard yang aku inform ni tadi dia menjerit kat arah aku dgn member aku , kau tahu dia cakap apa ? 



"Wey Lancau 2 orang kau sini kejap " Aku pun tekejut die ckap gitu . aku dtg aku tnye kenape kan ? Lepas tu die pun minta ic , aku bg jela . mmber aku ckp takyah bg . tapi aku bg jugak . Dia ckap die kene tiaw . Aku ckp la aku dah inform semua dkt dia tadi . Lepas tu jadi macam ni pulakkan . kalau tak bagi masuk aku takkan masuk , ini aku dah terangkan sape aku , keje ape aku , dtg sini nak buat ape semua . Haih bila dah jadi mcm ni siap ugut nk pukol aku . 

Satu jela bang , kite melayu bulan mulia lagi . Sy respect kerja abg . tp abg tak patut ckp mcm tu dekat sy . Sy pun bekerja . semua org kerja . at least kalau betul tak boleh masuk cakap elok2 dgn sy , sy angkat kaki , start moto jalan . Takpela dugaankan .

Pengawal keselamatan tersebut menyangka bahawa Hafizie dan rakannya itu datang untuk servis piring Astro dan bukannya membuat promosi Astro sehingga pengawal keselamatan tersebut dimarahi penduduk kerana membenarkan jurujual untuk masuk ke kediaman tersebut. Dia menjelaskan bahawa dia hanya menjalankan tugas. 

Dalam video yang viral tersebut juga jelas terdengar bahawa mereka datang untuk melakukan servis dan bukannya membuat promosi seperti yang didakwanya.

Seharusnya, kita sebagai umat Islam perlu menjaga perlakuan dan tutur kata lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh mulia ini. Walau bagaimanapun, difahamkan kedua-dua mereka telah berdamai. Syabas! 

Janganlah hanya menahan lapar sahaja kerana ibadah puasa juga menuntut kita untuk menahan nafsu serta amarah. Semoga kisah ini menjadi ikhtibar buat kita semua.




Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.