Semasa

" Semua Orang Benci Saya Sebab.... " – Uqasha Senrose

Pelakon kontroversi, Uqasha Senrose mengakui lakonannya dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella sebagai ‘Puteri’ mula mendapat perhatian penonton.

“Alhamdulillah setakat ini komen penonton semuanya positif. Walaupun semuanya memang benci dengan watak saya, tapi saya anggap lakonan itu menjadi.

”Walaupun saya melakonkan watak antagonis, tetapi penonton sekarang dah bijak untuk bezakan lakonan dengan realiti.

”Mereka sangat bencikan watak Puteri tapi mereka tak bencikan saya,” katanya 

Walaupun wataknya dibenci menerusi drama tersebut, Uqasha turut menyatakan tiada tindakan agresif atau pelik yang dilakukan oleh peminat kepada dirinya.

”Setakat ini tiada penonton yang datang dan menjerit-jerit atau marahkan saya di luar set.

”Dan saya rasa perkara tu memang tak patut terjadi pun sebab ianya sekadar lakonan semata-mata,” jelasnya.

Apabila ditanya tentang pengalamannya berlakon dengan pelakon handal seperti Fazura dan bintang paling popular Fattah Amin, ini jawapan Uqasha:

”Saya akui pada mulanya memang rasa gementar untuk berlakon dengan Fazura kerana dia senior saya dalam bidang lakonan.

”Tetapi setelah saya berada di set penggambaran bersama Fazura dan Fattah, mereka sebenarnya sangat ’humble’ dan tiada istilah berlagak diva.

”Sebenarnya saya memang dah lama kagum dengan Fazura dan apabila diberi peluang untuk berlakon bersama, saya begitu teruja.

”Dia juga sangat membantu dan banyak beri tunjuk ajak kepada saya.

”Jika saya ada masalah untuk memahami skrip atau menghayati watak, dia lah yang akan bantu saya,” katanya yang masih sibuk menjalani penggambaran drama Hero Seorang Cinderella sepanjang Ramadan.

Dalam perkembangan lain, Uqasha turut berkongsi dia bakal muncul dengan drama terbaru arahan Micheal Ang yang akan ditayangkan pada tarikh yang akan dikongsi kelak. - Kaki Share

Sumber - Astro


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.