Semasa

So Sweet!! Kali Pertama Shahir Dan Erra Fazira Hadir Bersama Di Majlis Buka Puasa, Pakai Baju Sedondon

So Sweet!! Shahir Dan Erra Fazira Hadir Bersama Di Majlis Buka Puasa, Pakai Baju Sedondon


Dulu pasangan ini dilihat malu-malu nak berkongsi kisah cinta tapi kali ini ia sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Pasangan yang dimaksudkan ialah penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia iaitu Shahir Zawawi dan pelakon popular Erra Fazira.

Mereka berdua dilihat hadir bersama di majlis berbuka puasa dengan baju yang sama sedondon.

Shahir juga telah berkongsi gambar bersama Erra Fazira  di laman media sosial.

Pasangan ini hadir di sebuah majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak dari Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zahra di Melaka.

Majlis berbuka ini anjuran Triple White Suplement yang mana Erra Fazira merupakan dutanya.

Berbalik kepada Shahir dan Erra, pasangan itu yang kelihatan malu-malu apabila gambar mereka dirakamkan ketika duduk di meja makan.

Di ruangan komen, Shahir dan Erra disakat oleh para peminat kerana mereka kelihatan seperti pengantin baru.

Rata-rata peminat yang menulis komen pada gambar itu mendoakan agar mereka segera bertemu jodoh dan mendoakan kebahagian buat Erra dan Shahir.

Selain Shahir dan Erra Fazira, majlis berbuka puasa itu turut diserikan dengan penampilan penyanyi sensasi, Siti Nordiana.

Jom layan gambar Shahir dan Erra Fazira:











Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.