Semasa

'Tak Cukup Satu, Ambil 5 Sebab Orang Gemuk Macam Awak Ni Biasanya Pelahap' - Niat Nak Tolong Peniaga Pasar Ramadan Tapi Dihina Pula


Bila tiba bulan puasa sudah pasti ramai yang ingin meniaga kerana ketika itu peluang untuk membuat sedikit duit lebih sudah pasti banyak terutama bagi mereka yang berniaga makanan untuk berbuka di pasar ramadan. 

Namun, sesetengah peniaga ada yang mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang agak mahal selain juadah yang dibeli tidak berbaloi contohnya karipap inti kosong/oksigen. Sekiranya peniaga tersebut jujur dan ikhlas sudah pasti perniagaannya akan bertahan dan dikunjungi ramai orang. 

Lain pula halnya bagi seorang gadis bernama Innanie Ariffin. Perkongsiannya di dalam Facebook menjadi perhatian netizen kerana niatnya hendak membantu peniaga yang kedainya tidak ramai dikunjungi orang tapi rupa-rupanya lain pula yang diterimanya. Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar untuk peniaga-peniaga lain.

NIAT DI HATI NAK TOLONG ORG BAZAR UNTUNG MENIAGA....

Tadi ke bazar Ramadhan berhampiran office. Teringin pulak makan kebab. Lepas dah beli juadah & kuih, nampak satu kedai kebab ni kat kawasan masuk bazar - kedainya tak ada orang. Kosong. Dengan niat suci & nak tolong - aku terus tanya 

"Bang, kebab satu berapa?"

"RM 4.50."

"Ok, bagi satu kebab daging bang."

"Satu? Amek lah 5. Orang gem*k macam awak ni biasanya pelahap, makan banyak. Tak cukup satu. Nak kasi awak kenyang mesti 5 ke 10 kebab!" sambil gelak sinis kat aku bersama-sama kawannya. 

Aku diam & senyum. Dapat tangkap apa yang cuba "dihina" dan "disampaikan" tu. Terus laju je aku menjawab. 


"Sepanjang jalan td, sy nampak kedai abg kosong. Tak ada org. Ada kedai kebab hujung sana. Tp sy tak jadi singgah sbb teringat kedai abg ni. Niat saya memang nak beli kat abg sbb nak membantu. Yelah, sendu bila orang lain masyuk - abg masih lagi bekas kosong. 

Tapi, dengan mulut abg yang macam ni, sesedap rasa menghina orang gem*k - sy rasa... ini LAST lah saya beli dari abg. Abang boleh makan lah sendiri kebab ni. Org berniaga - hati customer kena dijaga bang. Abg pulak, dapat customer dihina. Takpelah! Lagi satu, Abg igt org gem*k tu pelahap ke?" 

Terus aku letakkan duit RM5. Dan jalan tinggalkan dua org abg yang tadi aku nak tolong tu dengan muka kelat. Diam dorang seribu bahasa.

Padan muka!

TOLONGLAH!!! Kalau ye pun nak kasi laku. Jangan mulut lancang sgt. Siapa pun anda - buruk atau cantik, kurus atau gemuk, rendah atau pendek, sempurna atau cacat, hitam atau putih, miskin atau kaya - tak berhak utk hina orang lain. Ini lagi sbg seorang customer.

Maaf cakaplah, aku "sumpah" abg tu meniaga tak laku sampai bila-bila.

*sakit hati bila teringat ketawa sinis dia tu!



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.