Semasa

Tasik Dayang Bunting, Langkawi Makan Nyawa Di Raya Kedua

HAJAT remaja lelaki untuk menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting, Langkawi, bersama tiga rakannya berakhir tragedi apabila dia lemas ketika berenang di tasik berkenaan, hari ini. Mayat mangsa, Azhar Zaidi, 15, dari Kampung Belanga Pechah, Mukim Kuah di Langkawi, ditemui anggota bomba pada dasar tasik di kedalaman kira-kira 10 meter. 

 Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Mohd Hisham Ibrahim, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.31 tengah hari dan tiba di Tasik Dayang Bunting pada 2.10 petang. "Sejurus tiba di tempat kejadian bomba dimaklumkan oleh saksi yang mendakwa melihat terkapai-kapai sebelum tenggelamke. 

 "Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman dan menjumpai mangsa pada 2.48 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tasik Dayang Bunting adalah tasik air tawar yang sering menjadi tumpuan pelancong di Langkawi. Perjalanan dengan menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting dari jeti Kuah mengambil masa kira-kira 30 minit. - Kaki Share

Sumber : hmetro


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.