Semasa

Tergeliat Lidah Nak Sebut Nama Anak Sam Dan Syatilla , Netizen Sindir Dan Komen Nama Syeriv Samheizy !


Sejak nama anak lelakinya, Syeriv Samheizy didedahkan, ramai pihak mempertikaikan nama yang diberikan pasangan, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Ada yang mempersoalkan maksud disebalik nama yang diberikan tetapi bagi Syatilla, beliau menganggap ianya sebagai gurauan dari peminat.

“Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu. Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami. Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun”

“Kami memang jarang membaca komen netizen di laman sosial terutama kepada yang memberikan komen negatif. Lebih baik saya fokus pada perkara lain yang lebih penting buat kami”

Menurut Syatilla, nama anaknya sebenarnya mempunyai maksud yang baik iaitu Syeriv Samheizy yang membawa maksud Yang Mulia. Cuma nama tersebut diubah suai sedikit ejaannya supaya nampak kelainan.


“Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,” katanya kepada Harian Metro mengenai nama anak sulungnya.

Kalau baca di ruangan komen pasangan ini, bermacam reaksi dapat dilihat apabila mendapat tahu nama itu. Selain menanyakan maksud nama, ada juga yang menyindir nama itu susah disebut oleh guru apabila bayi itu bersekolah.


Sumber : ROTIKAYA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.