Semasa

Usik Mengusik Abby Abadi Di Instagram Norman Hakim , Cute Je ! Walau Masing-masing Dah Ada Keluarga Sendiri .


Kegagalan dalam perkahwinan yang lalu tidak memutuskan  silaturahim mereka sebagai keluarga kerana mereka berkongsi 3 cahaya mata untuk diberikan perhatian dan kasih sayang .

Terbaru 2 hari lalu , Norman ada memuatnaik gambar menyatakan perasaan rindu kepada anak-anaknya yang kian membesar . Tulis Norman dalam instagram miliknya :

“Kepulangan yang dinanti ??. Bukan senang diorang berdua nak dapat cuti sekali serentak. Kalau dapat pun, tak sampai 12 jam. Tu pun dah syukur sesangat. Tapi start lepas tengahari esok, dua2 dapat cuti raya serentak in shaa allah jangkaan cuti dekat2 dua minggu mcm tu. Papa dah tak sabar sangat nak ‘spinning gasing’ korang berdua nih. Walaupun korang berdua dah melampai nak sama dekat papa dah, tapi kat hati papa korang tetap baby dalam dukungan yang papa azankan 14 tahun & 12 tahun dulu & akan sampai bila2 macam tu. I ?? both of u so much @danishhakim_243 @marissa_dania_hakim. Rasa lambat sangat masa ni bergerak nak tunggu sampai lepas tengahari esok!????,” tulis Norman di dalam kapsyen gambar tersebut.
Tiba-tiba, Abby Abadi turut ‘menyelit’ di ruangan komen dengan mengusik bekas suaminya itu.
“@abby_abadi112: Lepas Papa azankan dulu, Papa gi mana @normanhakim_786? Hihi ????????”

“@normanhakim_786: @abby_abadi112 aiii budak nih! Lama tak kena babap niii ????”

“@abby_abadi112: @normanhakim_786 sy nk bajuuuuuuu elrahhhh laaa… Jai & Danish takde baju lagi…. tolonglahhhh ????????”

“@normanhakim_786: @abby_abadi112 PM tepi bok”

Perbualan mereka mendapat reaksi positif dan komen membina dari netizen :
“@umishamilla: Kasih syg ank2 byk pd papanya…tp syukur norman dgn memey pndai didik..subhanaAllahh..ank pyejuk mt..pyeri dlm satu umahtngga..doakn yg tbaik..nti ‘hero’ norman tu lg kacak dr papanyaaa..”
“@doublesgadget: Syukur tengok papa n mama diorang walaupun dah berpisah tapi baik je demi anak.. boleh dijadikan contoh.. yang berlalu biar berlalu..?”
“@masflowerz: comel anak kak abby dan abg norman..dah besar..pndai kak abby n fmly didik anak menjaga aurat dan pndai mengaji..syukur n happy saya tgok..nama ciri2 anak yg soleh dan solehah.”
“@eleeeeenn_lee: Tahniah pada dik @memeysuhaiza sb berjaya jd ibu yg baik pd smua anak2..x smua ibu tiri punya hati yg baik mcm adik..God bless u and all ur family..”
“@julietkelen: Comel la abg @normanhakim_786 & sis @abby_abadi112 ! Walaupun dah tak bersama tpi sentiasa positif n be friend!?????????????????????????? Both of u cool! Hope abg @normanhakim_786 & kak memey till jannah n persahabatan ngan kak @abby_abadi112 also till jannah. Love three of u much2 ????????????????”

Meskipun Abby dan Norman sudah berpisah, namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh kekal bersahabat, kan? Semoga hubungan baik bekas pasangan suami isteri ini boleh menjadi teladan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama dalam keluarga. Kita semua doakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga Norman .

www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.