Semasa

Wow..Inilah Cara Ashraf Muslim Sambut Hari Raya Demi Untuk Jaga Hati Kedua-Dua Isteri

Inilah Cara Ashraf Muslim Jaga Hati Kedua-Dua Isteri Ketika Hari Raya


Ashraf Muslim telah berkahwin dua iaitu isteri pertama bernama Dayana dan isteri kedua bernama Wan Sakinah.

Apabila tiba hari raya sudah tentu ramai yang tertanya bagaimana Ashraf Muslim handle giliran beraya dan menjaga hati kedua dua isterinya.

Kata pelakon ini, dia akui perlu bijak memainkan peranannya supaya tiada hati terasa antara isterinya.

Ashraf Muslim berkata keluarganya ada sistem giliran untuk menentukan di mana mereka akan beraya dahulu.

Pada tahun ini, berdasarkan giliran, Ashraf Muslim akan meraikan lebaran bersama keluarga isteri keduanya, Wan Sakinah di Ipoh, Perak.

Kemudian, Ashraf akan beraya bersama keluarga isteri pertama, Noor Dayana di Gombak pada hari raya ketiga dan keempat.

Pada hari kelima pula merreka sekeluarga akan pulang ke Melaka untuk bersama keluarganya selama beberapa hari.

Ini komen Ashraf Muslim:

CUBA DAN KAJI

"Sebelum situasi stabil, saya terlebih dulu membuat percubaan dan mengkaji kesilapan supaya setiap kelemahan dapat diperbetulkan. Perlu ada cara terutama dari segi pembahagian masa dan siapa wajar didahulukan supaya tiada pihak yang berkecil hati.

"Paling penting, kami dapat beraya bersama keluarga masing-masing selain kedua-dua isteri turut berpeluang meraikan sambutan Syawal dengan keluarga saya di Melaka,"

SERONOK RAYA DENGAN ANAK

"Sebagai bapa, saya seronok dapat beraya bersama anak-anak yang semakin bijak. Anak-anak juga sudah mula faham, malah ragam mereka sentiasa menghiburkan saya. Setiap kali pulang beraya di kampung, ada saja kerenah mereka yang menceriakan suasana.

"Kelahiran Sarah, Adam dan Anas juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga,"

Ashraf Muslim merupakan pelakon popuar dan telah berkahwin dengan doktor perubatan, Noor Dayana pada 2011 dikurniakan seorang cahaya mata, Anas.

Perkahwinan keduanya telah menjadi tumpuan ramai kerana mereka berkahwin di Thailand. Ashraf bernikah dengan Wan Sakinah pada 2013 dikurniakan sepasang anak, Sarah dan Adam.


Sumber: BH

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.