Semasa

AJK Umno Mersing Mati Tercekik Kuih Koci

Kaki Share : Seorang ahli anggota jawatankuasa Umno Bahagian Mersing meninggal dunia akibat tercekik sebiji kuih koci, sejurus selepas menziarahi jenazah seorang bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan di Taman Nong Chik. 

Mengikut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi ketika Mohd Samsi Sapan, 56, sedang makan bersama 3 rakannya di sebuah kedai di Jalan Nong Chik, Johor Bahru, Johor. “Samsi tercekik semasa makan kuih itu dan tidak dapat bernafas. 

 “Beliau dibawa oleh rakannya ke klinik berdekatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan. 

 Shahurinain berkata pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dalam kematian Samsi yang berasal dari Kulai. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

 Sumber: Bernama

www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.