Semasa

Akaun Facebook Palsu Guna Nama Afifah Nasir Jadi Tempat Netizen Luah Kemarahan Terhadapnya


Isu Bella Astillah, Aliff Aziz dan Afifah Nasir sehingga kini masih lagi hangat menjadi bualan netizen. Maka tidak hairanlah ada segelintir pihak cuba mengambil kesempatan untuk menambah api kontroversi dengan mewujudkan akaun Facebook yang palsu untuk menghentam Afifah Nasir. 

Laman Facebook palsu itu menggunakan nama Afifah Nasir sehingga kini mempunyai hampir mencecah 50,000 pengikut. Malah apa yang lebih mengejutkan ialah setiap gambar yang dimuat naik menjadi perhatian netizen dan akan meninggalkan ratusan komen makian dan dikongsi secara meluas. 

Nampaknya kemarahan netizen masih lagi meluap-luap walaupun akaun Facebook tersebut bukanlah milik Afifah yang sebenar. Walaupun netizen masih tidak lagi tahu kisah sebenar yang terjadi, ada segelintir netizen berterusan meninggalkan komen dan kritikan pedas terhadap diri Afifah. 


Pada Jumaat lalu, peminat dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Aliff Aziz oleh pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke di Cheras. 

Dalam satu kenyataan oleh Afifah, beliau tidak pernah mempunyai akaun Facebook dan laman tersebut adalah palsu untuk menghentam dirinya. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.