Semasa

Akhirnya Keluar Dah Hasil Laporan Bedah Siasat Arwah Thaqif Yang Dikatakan Dipukul Pembantu Warden Madrasah



JOHOR BAHRU: Laporan bedah siasat mendapati kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, pada 26 April lalu berpunca daripada Leptospirosis atau kencing tikus. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bedah siasat yang dijalankan pada hari sama pelajar itu meninggal dunia menggunakan sampel tisu dan darah sebelum dihantar ke Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Jabatan Kimia bagi dianalisis. 

Susulan kejadian itu, katanya, Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan dengan dianggotai Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes rumit. "Hasil bedah siasat mendapati pelajar tahfiz terbabit meninggal dunia kerana penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang menjadi viral.

 "Penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah.

 LAPORAN BH pada 27 April 2017. "Ia menyebabkan perubahan warna kulit dan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 




Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata berdasarkan laporan perubatan berkenaan, pihak polis akan mengemas kini kertas siasatan untuk mendapat arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya.

 Mohamad Thaqif Amin dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 19 April lalu selepas dilapor mengalami kecederaan pada kaki, dikatakan akibat dipukul pembantu warden madrasah tahfiz. Selepas kedua-dua kakinya dipotong pada 22 April lalu, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku. 


Bagaimanapun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil sebelum pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu. Susulan kejadian itu pembantu warden pusat tahfiz terbabit ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

BHonline

www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.