Semasa

Aliff Aziz Ditahan Polis, Pukul Isteri Dalam Pantang

Aliff Aziz Ditahan Polis, Pukul Isteri Dalam Pantang 






Sumber: Utusan Malaysia

Penyanyi terkenal Aliff Aziz ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka.

Artis yang berasal dari Singapura itu dilaporkan memukul isterinya yang masih di dalam pantang selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Difahamkan, Bella,23, telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas mendakwa dia dipukul oleh Aliff,26, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut.

Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.

“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,”katanya.

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa telefon mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutu

Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assiten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.


Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.