Semasa

Anak Menangis Tidak Terurus , Ibu Sedang Khayal Dengan Dadah Tidur Di Kaki Lima



Tular gambar dua orang kanak-kanak yang sedang menangis disamping ibu mereka di kaki lima hari ini . Ibu kepada dua orang kanak-kanak itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah .

Melalui gambar tersebut , anak perempuan wanita itu menangis meminta bantuan serta mencuba untuk membangunkan ibunya yang sedang tidur manakal adiknya seperti tidak tahu apa yang harus dilakukan .

Mengikut komen netizen yang pernah berjumpa dengan keluarga ini , mereka bukanlah dari negara ini tetapi warganegara Thailand .




Kejadian itu dilaporkan semalam dan melalui komen-komen netizen , tiga beranak itu sering dilihat berada di sekitar kawasan Chowkit dan Jalan Putra .

Menurut aktivis Syed Azmi , beliau telah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu namun ketika kelibat tiga beranak itu tidak kelihatan apabila mereka hadir ke lokasi yang disampaikan .

Salah seorang netizen mengaku pernah melihat mereka ketika berada di Chowkit . Ibu berkenaan pernah cuba untuk menjual telefon bimbit untuk mendapat duit . Tidak cukup itu , anak-anak dibiarkan tidak berbaju dan kencing merata-rata di perhentian bas .

Kemudian ditambah lagi " ada yang pernah nak bantu mereka , tapi apabila disuruh datang ke Centre NGO , keesokkan harinya mereka lesap entah ke mana " mungkin takut dan risau dipisahkan

Rata-rata yang memberikan komen mengharap agar bantuan diberikan kepada tiga beranak berkenaan ' kesian , budak menangis kelaparan'

Syed Azmi juga meminta sekiranya terdapat sesiapa yang menjumpai tiga beranak itu segeralah memaklumkan kepada beliau agar dapat dibantu dan diuruskan dengan baik .

Kepada pihak bertanggungjawab , selamatkan dan bantulah mereka .


www.kakishare.my




Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.