Semasa

'Apahal Semua Ni? Ketat Dan Nampak Gerai Jual Buah' - Pengusaha Butik Kritik Trend Hijabista Zaman Sekarang Yang Melampau!


Jubah atau pakaian muslimah kini sudah menjadi trend untuk dipakai setiap hari jika dibandingkan satu ketika dulu. Malah trend lelaki pakai jubah pun semakin mendapat tempat di kalangan mereka yang ingin bergaya. 

Memang tak salah untuk berfesyen dan bergaya tetapi trend masa kini nampaknya dipandang remeh oleh segelintir wanita yang lebih mementingkan gaya penampilan. Luahan oleh pengusaha butik popular Calaqisha menjadi bualan netizen kerana beliau agak kecewa dengan gaya fesyen wanita zaman ini walaupun bertutup masih dianggap tidak menutup aurat. 


SAYA MOHON MAAF AWAL AWAL. SAYA DAH TAK TAHAN

Dulu awal tahun 2012 saya masih ingat di negara kita, susah betul nak nampak makwe makwe pakai jubah labuh dan tudung labuh (baca bukan labuh sampai lutut, cukup sekadar bawah dada). Masa itu ya tuhan sehelai jubah boleh cecah RM 200 - RM 300 sehelai. Itu pun dapat Abaya (Jubah warna hitam popular di tanah arab)

Naik tahun 2013 dan 2014 adalah bagi saya tahun kegemilangan budaya memakai pakaian yang sempurna aurat. Saya masih ingat, di Shah Alam cukup payah nak jumpa yang tidak tutup aurat dan ada suatu hari bila saya saja saja ke bukit bintang, saya jadi Cultural Shock bila tak pasal pasal melintas makwe makwe yang boleh tahan bahaya pakiaan yang dia pakai. 

Maksudnya apa? maksudnya betapa meriahnya zaman kegemilangan baju yang menutup aurat sempurna tak kiralah jenis apa sekalipun dan juga tudung yang menutup bagus dari bahagian kepala sampai lah kepada apa yang patut di tutup. Tak silap saya, ketika itu orang mula berani berani menukar gaya yang sejak lazim ke opis dengan baju kurung cotton kepada jubah pula. 

Kita letak belakang dulu hal jubah dari kain lycra. Itu memang tidak boleh pakai okey.

'Pakaian Nampak Gerai Jual Buah'

Tapi entah kenapa sejak setahun yang lalu, saya macam hilang punca bila melihat gaya sekarang. Jubah yang sudah tidak berapa inn itu bukanlah menjadi satu masalah. Ya kita faham fashion akan pudar dan satu masa nanti akan kembali terang. 

Tidak akan ada orang yang akan sanggup pakai jubah labuh kehulur kehilir. Panas dan Leceh! Saya juga dah mula tahu hal itu dan saya sendiri nampak trend memakai Blouse dan juga Seluar naik selari dengan turun nya trend ber jubah! (sudah sudahlah nak kaitkan mengarabkan budaya melayu..alasan basi)

TAPI.....

Saya makin tidak faham mengapa kini, seolah olah kita mengangkat balik budaya/trend/cara pakaian yang susah payah kita buang 3-4 tahun dahulu. Saya dan isteri sendiri pengasas butik tahu akan susah payahnya bagaimana mahu membawa idea pakaian yang cukup auratnya supaya nampak tidak kolot. Tapi sekarang??

KETAT!!
NAMPAK PINGGANG!!
NAMPAK GERAI JUAL BUAH!!
PAKAI KAIN TAPI NAMPAK KEPALA LUTUT!!
PAKAI TUDUNG NAMPAK TELINGA!
PAKAI TUDUNG, SELUAR NAMPAK ATAS BUKU LALI!!
PAKAI TUDUNG, LENGAN BAJU PARAS SIKU!!
PAKAI TUDUNG LEHER NAMPAK!!

'Alasan Paling Biadap Dengan Tuhan'

Apahal ni?? Benda yang lebih menakutkan, sekarang seolah olah teori pakaian ini seperti dijulang dan di agung kan. Sehinggakan tidak boleh langsung dan JANGAN ditegur. Ia diraikan beramai ramai rakyat malaysia seolah olah ini benda bagus. 

DAN oh, tak payah lah bagi alasan "tak boleh paksa untuk berubah..kenalah ada proses dan peringkat" Ini adalah alasan seorang manusia hamba tuhan yang paling biadab sekali. Ini alasan kau bagi untuk kau perform depan tuhan?? Tuhan kot. 

Kalau dengan pakwe bukan main lagi kita gogel resepi memasak paling sedap sebagai persediaan. Tapi untuk tuhan? kau bersedia macam nak jumpa member dekat pasar malam. Ala kadar dan rilek rilek. Ini langsung tidak masuk akal.

Maaf, saya tak dapat tahan lagi. Saya berumur 30 tahun rasa lucu dan meluat dengan adik adik dan kadang akak akak yang tidak reti berbaju dan bertudung. Saya nampak kenalah tegur, dah benda salah kan? takkan nak kencing dalam seluar pulak bila tengok benda macam ni? tu jelah. 



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.