Semasa

Bayi Usia 15 Bulan Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Tidak Sedarkan Diri Akibat Terjatuh Di Rumah Pengasuh


Semalam, seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia setelah tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. 

Memetik laporan Harian Metro, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumah pengasuhnya, di Padang Serai, Kulim Jumaat lalu.

Bayi perempuan yang dikenali Haifa Afrina Mohd. Nasri itu disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) HSB kira-kira pukul 3.40 petang kelmarin. 

Menurut bapa mangsa, Mohd. Nasri Mohd. Yusof, dia menerima mesej daripada pengasuh yang juga jirannya menyatakan anak tunggalnya itu kelihatan pucat kira-kira pukul 4 petang Jumaat lalu. 

“Saya terus ke rumah pengasuh dan mendapati Haifa Afrina sudah tidak sedarkan diri dan segera membawanya ke Hospital Kulim."

Mohd. Nasri berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB sebentar tadi. 

Tambahnya pengasuh tersebut ada memaklumkan yang anaknya terjatuh, sehari sebelum kejadian namun anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda perubahan atau menangis kesakitan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Manakala pengasuh terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan. Pihak polis masih lagi menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

“Siasatan awal kini dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.