Semasa

BERANI. Lihat Apa Yg Dilakukan Remaja 14 Tahun Ini Hingga Digelar Seorang WIRA !!!

BERANI. Lihat Apa Yg Dilakukan Remaja 14 Tahun Ini Hingga Digelar Seorang WIRA !!! | Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Selatan California digelar wira kerana keberaniannya selepas berjaya menyelamatkan diri dan anak saudaranya yang berusia empat tahun daripada seorang perompak.

Semuanya berlaku pada suatu hari, kira-kira jam 3:30 petang di rumah Savannah Jones yang terletak di timur Los Angeles. Ketika kejadian berlaku, Savannah yang berumur 14 tahun itu dikatakan sedang menjaga anak saudara perempuannya, Zoyee, ketika dia mendengar bunyi ketukan di pintu.

Savannah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana mereka tidak menunggu sesiapa pun ketika itu. Tiada pelawat yang akan datang. Pintu terus diketuk dengan kuat. Secara perlahan-lahan, Savannah segera menuju ke lubang pintu untuk melihat siapa yang datang.

Apa yang mengejutkan ialah apabila dia terlihat seorang lelaki yang tidak dikenali sedang berdiri di anjung luar rumahnya. Savannah segera berfikir dan terus mengambil Zoyee dan telefonnya lalu berlari ke bilik mandi. Pada ketika itu jugalah lelaki tersebut menendang pintu hadapan rumahnya.

“Saya sangat takut,” kata Savannah kepada wartawan di dalam video di bawah. “Saya tidak risau akan diri saya tetapi saya lebih risau akan Zoyee.”

Ia mungkin seperti perkataan dramatik daripada seorang remaja muda di TV, tetapi melalui mesej yang dihantar oleh Savannah kepada ibunya dari dalam bilik mandi membuktikan yang dia lebih bimbang akan keselamatan anak kecil itu berbanding dirinya sendiri.

Ketika mendapat mesej daripada anak perempuannya, Maria Muratalla, ibu Savannah, sedang berada dalam kesesakan lalu lintas.

Walaupun ibunya tidak boleh membantunya ketika itu, tetapi wanita itu segera meminta bantuan jiran-jiran mereka dan menghubungi pihak berkuasa.

Sementara itu, Savannah dan Zoyee duduk di bilik mandi. Savannah dapat mendengar lelaki itu mengeledah barang-barang milik ibunya tetapi dia tetap tenang dan mengingatkan anak saudaranya supaya diam.

Dengan tindakan beraninya dia berjaya menyelamatkan dirinya dan anak saudaranya daripada menjadi mangsa rompakan. Walaupun usianya masih muda, remaja perempuan ini dapat bertindak dengan betul dan pantas.

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita remaja yang luar biasa ini.

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Jangan Berani Memiliki Kereta Kalau Tak Tahu 31 Perkara Penting Ini Terutamanya No 23 !!!
P.S. 2 – Banduan Ini Kuat ‘Makan’. Apa Yang Dimakannya Pasti Mengejutkan Anda !!!
P.S. 3 – Kisah Benar Cikgu Diseksa Ketika Koma Sebelum Ke Mekkah..Terkejut Ini Puncanya !!!
P.S. 4 – (VIDEO) Kejadian Aneh Kubah Hijau Masjid NABI MUHAMMAD SAW Bertukar Warna Merah !!!
P.S. 5 – Ayam Ini Masih Boleh Hidup Setahun Lebih Tanpa Kepala, Puncanya Buat Ramai TERPANA !!!

The post BERANI. Lihat Apa Yg Dilakukan Remaja 14 Tahun Ini Hingga Digelar Seorang WIRA !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.