Semasa

'Biar Masa Merawat Luka Hati Saya' - Ini Penjelasan Bella Astillah Di Sidang Media Berhubung Kes Rumah Tangganya


Biarpun kisah rumah tanggan heboh diperkatakan netizen namun bagi isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah tidak pernah terfikir untuk mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. 

Menurut Bella, apa yang dilakukan suaminya itu pada hari kejadian adalah tidak disengajakan. Bella juga turut menafikan tuduhan netizen bahawa suaminya baran dan sering memukulnya. 

"Dia tidak sengaja mencederakan saya. Saya masih sayangkan dia. Dia suami yang baik dan seorang bapa yang bertanggungjawab. Ikuti sidang media penuh pasangan tersebut yang diadakan Crystal Hall, Roof Garden, Bukit Jelutong.


Bagi Aliff Aziz ianya menjadi iktibar kepada dirinya walaupun tidak menjawab secara tepat sama ada dirinya curang atau tidak apabila menjawab pertanyaan wartawan. Namun dia mengakui bersama wanita lain di pusat karaoke tersebut bukan atas urusan kerja. 

Menurut Bella lagi, dia menerima kekuatan untuk memaafkan Aliff apabila mengenangkan nasib anaknya yang akan membesar tanpa bapanya jika membuat keputusan untuk bercerai dengan suaminya itu. 

Bella juga dalam sidang media tersebut mengaku telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada hari kejadian. Bella juga berharap perkara seperti ini tidak berulang lagi. 

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.