Semasa

Budak 2 Tahun Ditemui Maut Dengan Kesan Lebam, Ibu Dan Abang Ditahan Polis


Terdapat beberapa kesan lebam di belakang badan dan bahagian kepala, seorang kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati di sebuah bilik sewa keluarganya di tingkat tiga premis rumah di Jalan Ros, Segamat kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata ibu dan abang kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 40-an dan 22 tahun ditahan hari ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata wanita berstatus ibu tunggal itu mendakwa berpesan kepada anak lelakinya yang lembam supaya mengawasi mangsa sebelum keluar menjalankan urusan ke bandar Segamat.

Raub berkata apabila ibu mangsa pulang ke rumah, wanita yang tidak bekerja itu melihat anak perempuannya terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta bantuan jiran berhampiran menghubungi pihak hospital.

“Kanak-kanak itu dibawa ke wad kecemasan hospital namun dipercayai meninggal dunia sebelum diberikan rawatan."

“Ketika pemeriksaan lanjut, pihak hospital menemui beberapa kesan lebam di belakang badan dan kepala mangsa,” katanya.

Menurut beliau, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret di sini, esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.