Semasa

Catatan '10 Perkara' Yang Perlu Ditanggung Buat Pemandu Teksi Ini Buntu Akibat Kesempitan Hidup


Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah yang perlu dihadapi oleh seorang pemandu teksi, Mohamad, 45. Realiti kehidupan yang perlu ditanggung olehnya dalam mencari jalan keluar daripada kesempitan hidup yang semakin mencengkam. 

Teksi yang menjadi punca rezeki untuk menyara keluarga serta membiayai pelajaran untuk enam anak yang berada di sekolah dan di universiti. Malah ibunya juga turut sakit tenat di kampung. 

Setiap hari beliau akan membawa bersama '10 Perkara' iaitu catatan perbelanjaan yang terpaksa ditanggungnya sebagai ketua keluarga selepas bercerai dengan isteri hampir setahun lalu. Akibat terdesak serta buntu dengan desakan hidup, Mohamad terpaksa menebalkan muka dan meminta bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana sudah buntu untuk mencari sesuap nasi. 

Anak keduanya yang juga seorang OKU terpaksa bekerja sebagai pembantu restoran untuk meringankan beban yang ditanggungnya. Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata: 

Allahu akbar. Saya puas berikhtiar meminjam sana sini untuk mencari modal membaiki teksi saya.

"Saya cuba sedaya upaya untuk menyekolahkan anak-anak dan memberi pelajaran kepada mereka. Dua anak saya di universiti dan empat yang lain bersekolah.

"Dalam keadaan tertekan, saya pernah terfikir untuk membeli nombor ekor, tetapi alhamdulillah, Allah pelihara saya daripada perkara sebegitu,"

Tambahnya lagi beliau amat mengharapkan bantuan dari orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan bersama anak-anak supaya dapt menjamin kehidupan mereka pada masa depan. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.