Semasa

Demi Mahu Biaya Yuran Kolej Anak, Seorang Ibu Sanggup Curi Beg Peniaga Di Pasar Siti Khadijah


Kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Itulah apa yang boleh disimpulkan oleh kisah ini. Demi ingin melihat anaknya berjaya, seorang ibu sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang supaya anaknya dapat meneruskan pembelajaran di menara gading. 

Sebuah video yang viral di media sosial baru-baru ini memaparkan kegiatan licik seorang wanita mencuri beg berisi wang tunai milik seorang peniaga di Pasar Siti Khadijah, Kelantan. 

Kejadian difahamkan berlaku pada 30 Jun lalu ketika kaum lelaki sedang solat Jumaat. Wanita itu dilihat sedang mundar mandir di sebuah kedai buah dan berpura-pura ingin membeli sesuatu. Peniaga yang tidak mengesyaki apa-apa beralih ke satu sudut berentangan kerana wanita tersebut menyuruhnya bertindak demikian.

Dengan pantas wanita tersebut terus menunduk dan mengangkat kain meja dan mencapai beg milik pekerja tersebut tanpa disedari oleh peniaga itu. Selepas mengambil beg pekerja tersebut, wanita tersebut masih lagi meneruskan lakonan dan berpura-pura mahu membeli sesuatu di tempat tersebut. 


Menurut laporan Sinar Harian, wanita itu telah mencuri beg yang berisi wang tunai sejumlah RM2,300 berserta kad bank, buku akaun serta kunci kereta milik peniaga terbabit. Setelah disoal siasat, wanita itu mengaku terdesak untuk mecari duit untuk membiayai yuran kolej anaknya. 

Wanita itu telah pun ditangkap pihak polis dan telah dijatuhkan hukuman baru-baru ini. Wanita tersebut didenda RM2,500 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda yang telah ditetapkan. Malah wanita tersebut juga terpaksa membayar pampasan sebanyak RM1,500 kepada mangsa dan juga memulangkan duit yang telah dicurinya. 



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.