Semasa

Dikecam Kerana Pilih Fattah Sebagai Heroin Remake Coffee Prince , Micheal Ang Tampil Beri Penjelasan


Propa lebih ! Drama belum start shooting lagi dah heboh . Kesian Micheal Ang kena kecam sebab dikatakan memilih Fattah Amin sebagai hero dalam drama bersiri terbarunya Remake Coffe Prince 

Terbaru dalam lama IG Micheal , dia memaklumkan bahawa hero untuk drama tersebut masih belum dipilih secara termaktub siapa pun , cuma mereka telah menyenarai pendek nama pelakon yang bakal terpilih untuk membintangi drama tersebut .

Micheal kemudiannya menyatakan bahawa hanya tajuk drama sahaja yang akan diumumkan . Tajuk drama remake coffe prince versi malaysia adalah BUKAN KAFE PUTRA .


Tambah Micheal , pengumuman berkenaan barisan pelakon akan dimaklumkan oleh pihak astro kemudian nanti setelah mereka membuat pemilihan .

Sementara itu , pihak astro juga memberikan penjelasan dari pertanyaan netizen berkenaan hero yang bakal berlakon dalam remake coffe prince 

“Buat masa ini, kami masih lagi berbincang tentang pemilihan watak dalam drama tersebut. Dengan semua drama bersiri, kami cuba sebaik yang mungkin untuk memberikan watak kepada aktor yang paling layak tetapi ia juga bergantung pada kekosongan masa aktor tersebut dan jika mereka bersetuju dengan peranan mereka dalam memegang sesebuah watak itu,”kata Raqim Ahmad, Ketua Saluran Melayu Astro.

Pada masa yang sama , pihak astro berharap penonton dan juga peminat lebih bersifat terbuka dan memberikan mereka peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing .

sumber : IG Micheal Ang

www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.