Semasa

Ditegur Seorang Wanita Ketika Tunggu Bas, Apa Yang Berlaku Buat Gadis Ini Rasa Sebak


Telefon bimbit merupakan satu alat yang amat penting untuk berhubung terutama dengan insan tersayang. Bayangkan jika telefon bimbit tiada bateri sudah pasti tidak senang duduk. Mungkin ada panggilan penting yang akan terlepas. Bagi seorang pengguna Twitter @atikahjohari ketika menunggu bas menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Ikuti perkongsian dari gadis ini yang kisahnya menjadi trending dan menjadi bualan di media sosial. 



'Dia Gelak Sorang-Sorang'

Aku tggu bas. Tiba ada akak tu datang, mintak powerbank. Aku cam oh bagi pinjam kejap. Pastu, dia tanya nama tggal mana semua en. Aku cam ha layan jelah pastu, dia kata dia stay jb. Tgah tggu ayah dia, ayah dia bawak kete. Tetiba dia tunjuk cincin kat jari dia. Dia kata "akak dah tunang dik!". Jap. Muka aku ni cam nak mengorat dia ke fxgdhebskakwsb

Aku buat muka pelik. Pastu dia sengih2 cakap "akak saja nak share! Happy sangat!" Pastu, dia cakap details and tunjuk gambar fiancee dia. Pastu aku pun cam ooo haa haah tahniah haa alhamdulillah la kak. Moga sampai syurga. Yelah, happy gila dia katanya bulan 2 ni nikah.

Pastu dia tanya aku, umur berapa? Aku cakap la umur 19. Then dia kata "oh akak 20!". Aku senyum je. Dia tanya lagii "adik dah tunang ke? Dah ada someone special?" Jap.Sekaarang aku pulak yg berderau oo goooodddd

Aku cam sengih je gelak2 pastu, dia pegang lengan aku cam pegang kuat gila and pandng aku cam serious. "Akak tanya ni, dah ada ke belum..?".. EIII VAVI TAKUT SIA AKU, AKU TARIK TANGAN AKU KUAT² PASTU CAM NAMPAK BAS AKU DAH SAMPAI CAM ALHAMDULILLAH KAK SAYA GERAK LU K BAI. Pastu aku sarung beg kat bahu then cam rushing pastu dia sengih2 tgok aku. Tanya "kenapa gelabah ni..?" Pastu gelak sorang2

'Sapa Kakak Tu Sebenarnya?'

Aku nak la powerbank aku balik then aku perasan, 'fon' dia barbie pink mainan plastik tu weh yg keluar lagu "AIYAI YAI BENGGALI MAKAN PETAI". Aku amik terus then tak pandang langsung akak tu do seres then aku LARI KAT BAS AKU MCM HARAM WEH SAPE AKAK TUUUU

Pastu driver bas SnS tu pun tanya aku okay ke tak sbb dia nampak aku mengah2. Aku pun CERITA NON STOP PNJANG LEBAR SAMBIL AKU TUNJUK AKAK TU. Pastu baru aku tahu, rupanya. Kakak tu orang GILA. Driver bas tu kata kakak tu dah ada kat situ start 3 mggu lepas. Dia depressed sbb tunang dia mati accident.

Tunang dia mati accident time dtg nak amik dia dengan ayah dia. Time tu dia tak tahu tunang dia dah mati sbb fon dia dah mati habis battery. Dia tunggu lama gila kat stesen bas tu sampai pagi esoknya. Dia mcm dah takut gila risau so dia amik bas loncat2 ke jb pagi2 tu. Pastu dia balik2 rumah, n charge phone. Dapat misscall banyak gila dr unknown number. Dia call balik. N ada org informed,

'Ayah Dan Tunang Dia Maut Kemalangan'

Ayah ngan tunang dia dah takde. Dua dua meninggal time otw ke jb. Kereta langgar divider then kena rempuh dgn lori dr belakang. Pakcik tu kata, akak tu anak tunggal. Mak dah takde. And first time dia tunang. Akak tu sebatang kara. Then, akak tu tak boleh terima kenyataan, sebab fon dia habis battery, dia hilang dua2 orang yg dia sayang. Pakcik tu kata, start 3 mggu lepas. Akak tu selalu dtg kat stesen bas situ n pusing2 mcm tggu org.

Dia selalu gantung fon pink mainan dia tu kat leher dia. Bila bunyi fon tu berdering yg "aiya yai benggali makan petai" tu. Dia angkat CEPAT2 ANGKAT FON TU N LETAK KAT TELINGA DIA N SEBUT "AYAH² / ABANG² kat mana??" Pastu dia gelak n nangis sorang2. Aku cam Ooo kesian weh kakak tu. Tapi sorry aku tak tahu dia gila.

Aku pun sasau kakak tu tiba2 pegang aku kuat kut berkesan lagi eii nasib aku tak lempang dia tadi k kak sorry. Tah ah. Dari kejadian malam ni. Aku dapat 2 moral of story, 1st, hargai orang yg kita sayang. 2nd, ha, belilah powerbank bagi yang takde tu. Takut apa2 jadi susah kan ? Kalau tak kau charge bg full dulu baru keluar gi mana2

Papepun aku dah atas bas dah gais. Doakan aku selamat sampai. Sekian cerita aku tentang "POWERBANK". - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.