Semasa

Ini Komen Tuan Rumah AirBnb Tentang Gelagat Pelancong Malaysia Ketika Melancong Ke Luar Negara Yang Amat Memalukan


Ramai di antara kita ingin bercuti tak kira di dalam mahupun di luar negara. Tapi, ramai juga yang ingin berjimat ketika bercuti. Maka tidak hairanlah banyak tulisan atau artikel bagaimana hendak berjimat ketika bercuti terutama di luar negara. 

Antara kos terbesar ketika bercuti ialah kos penginapan yang mungkin membebankan sekiranya tidak dapat tawaran harga yang murah. Ada yang mungkin berkongsi dan berhimpit dalam satu bilik semata-mata mahu berjimat. 

Terbaru, seorang tuan rumah AirBnB telah bercerita pengalaman menjadi tuan rumah kepada lebih 500 tetamu antarabangsa dan mendedahkan gelagat dan sikap mereka. Antara tetamu tuan rumah tersebut adalah dari China, Australia, Nigeria dan juga Malaysia. 

Sebagai tuan rumah AirBnb, sudah pasti mempunyai pengalaman baik dan buruk terhadap pelanggan yang menempah biliknya. Dalam tulisannya di sebuah portal Daily Mail, tuan rumah itu menggambarkan sesuatu yang agak memalukan tentang rakyat Malaysia. 


Pada tahun lepas, dua orang wanita dari Malaysia telah menempah sebuah bilik dari AirBnB tetapi wanita itu terkejut apabila bukan dua yang datang tetapi lima orang pula yang hadir. Wanita itu memberitahu bilik tersebut mempunyai dua katil sahaja tetapi setelah pelancong tersebut mendesak hanya untuk satu malam dan mereka juga mempunyai beg tidur maka tuan rumah tersebut membenarkan mereka bermalam walaupun dengan berat hati. 

Menganggap ianya cuma segelintir kumpulan yang mahu berjimat tetapi apabila wanita tersebut bertanyakan kepada tuan rumah AirBnB yang lain, mereka memberitahu perkara yang sama iaitu 'ianya helah biasa dari orang-orang dari ceruk dunia itu'.

Artikel tersebut menarik perhatian netizen Malaysia kerana rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ada diantara tuan rumah AirBnB tempatan juga bersetuju dengan kisah yang diceritakan itu kerana rakyat Malaysia memang suka berjimat. 


Netizen menganggap tindakan mereka itu akan memberikan reputasi buruk Malaysia di mata negara lain. Oleh itu, walaupun hendak berjimat tapi harus diingat tindakan yang tidak elok hanya akan memalukan nama Malaysia. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.