Semasa

Ini Pendedahan Identiti Pelakon Baru Yang Dikaitkan Ditemui Oleh Isteri Aliff Aziz Di Pusat Hiburan



Ramai tertanya-tanya siapakah pelakon baru yang dikatakan ditemui bersama Aliff Aziz di sebuah pusat hiburan di Cheras.Wanita berkenaan ialah adik kepada pelakon Anzalna Nasir, iaitu Afifah Nasir.

Afifah Nasir dan Aliff Aziz berlakon bersama di dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu.Kerana namanya dikaitkan, Afifah Nasir telah memberi komen tentang isu ini.

Dia mengatakan ada wujud salah faham berhubung insiden membabitkan seorang rakan artis dan isteri yang turut mengheret namanya dalam kes berkenaan.

Afifah berkata pertemuan dengan Aliff Aziz semalam adalah atas urusan produksi, bukan seperti dakwaan pihak tertentu.




Pelakon baru yang kini berusia 24 tahun itu berkata, isu berkenaan akan dijawab wakil syarikat terbabit.



Ini komennya:

"Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan.

"Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi ulasan lanjut.

"Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga," 

"Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi memaklumkan hari ini tiada penggambaran kerana dia (aktor) ditahan polis.

"Lebih mengejutkan apabila nama saya dikaitkan,"

Sebelum ini, Bella isteri kepada Aliff Aziz mendedahkan menemui suaminya dengan seorang pelakon yang juga adik kepada pelakon popular di Malaysia.

Apabila Bella mengambil gambar, berlaku pergelutan dan Bella membuat report polis kerana mengalami kecederaan. Aliff Aziz kini ditahan pihak polis atas dakwaan mencederakan isterinya .

www.kakishare.my

Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.